Enam stesen MRT Laluan Putrajaya telah kembali beroperasi selepas bekalan kuasa pulih sepenuhnya

Enam stesen MRT Laluan Putrajaya telah kembali beroperasi selepas bekalan kuasa pulih sepenuhnya

Rapid Rail Sdn Bhd mengumumkan bahawa enam stesen MRT di Laluan Putrajaya yang ditutup sementara semalam berikutan gangguan bekalan kuasa kini kembali beroperasi sepenuhnya sejak 6 pagi tadi.

Enam stesen yang terlibat ialah Stesen Taman Equine, Stesen Putra Permai, Stesen 16 Sierra, Stesen Cyberjaya Utara, Stesen Cyberjaya City Centre dan Stesen Putrajaya Sentral.

“Dengan pembukaan semula ini, perkhidmatan tren Laluan Putrajaya kembali beroperasi mengikut jadual. Berikutan itu, perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan semasa penutupan sementara turut ditamatkan,” kata Rapid Rail.

Semalam, stesen-stesen MRT yang terlibat ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dijalankan berikutan gangguan bekalan kuasa elektrik. Di mana gangguan bekalan kuasa itu telah bermula sejak jam 5.54 pagi semalam hingga menjejaskan beberapa kemudahan utama di stesen-stesen terlibat termasuk lampu, lif, eskalator, pintu masuk dan pam tandas.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance with us

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services. You can also pay with instalment using Grab PayLater or Shopee SPayLater.

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required