Budi95 fasa pertama bermula hari ini — untuk anggota tentera dan polis, proses di stesen minyak lancar

Budi95 fasa pertama bermula hari ini — untuk anggota tentera dan polis, proses di stesen minyak lancar

Program subsidi bersasar Budi95 telah bermula tengah malam tadi untuk fasa pertama, melibatkan anggota perkhidmatan awam tentera dan polis, melibatkan sekitar 300,000 orang yang layak menerima subsidi berkenaan. Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mohmood Merican. “Setakat tinjauan saua pagi ini di kem Sungai Besi, semuanya berjalan lancar,” jelasnya.

Beliau hadir dalam satu acara taklimat dan demonstrasi berkaitan Budi95 yang diadakan di Stesen Petron Taman Tun Ismail, pagi ini. Untuk stesen Petron, pengguna hanya perlu meneruskan langkah pembayaran seperti biasa di pam atau di kaunter, dengan tambahan satu langkah pengesahan yang ringkas dan cepat terlebih dahulu. Jika penerima layak, paparan baki penggunaan bulanan akan tertera dan mereka boleh meneruskan proses pembayaran serta pengisian. Resit juga akan memaparkan maklumat penggunaan dan baki daripada kuota 300 liter tersebut.

Budi95 fasa pertama bermula hari ini — untuk anggota tentera dan polis, proses di stesen minyak lancar

“Semakan kelayakan ini juga boleh dilakukan lebih awal melalui laman web Budi95 untuk mengetahui kelayakan mereka,” jelas Johan, dan mencadangkan pengguna melakukan hal tersebut terlebih dahulu bagi menyemak status mereka sebelum ke stesen minyak nanti.

Selain tunai dan menggunakan kad, Touch n Go eWallet juga boleh digunakan. Namun untuk pilihan ini, pengguna perlu ke kaunter dan menunjukkan QR kod yang akan dijana dalam aplikasi berkenaan untuk diimbas oleh petugas. Imbasan kod ini tidak boleh dilakukan di pam, atas faktor keselamatan dan larangan penggunaan telefon berdekatan pam.

Menurut beliau lagi, kerajaan juga sudah ada persetujuan dengan operator minyak sekiranya berlaku keadaan di luar jangka atau kecemasan, misalnya ketika sistem atau talian internet yang digunakan tidak berfungsi atau bermasalah dan pengesahan tidak boleh dilakukan dengan cara apa pun.

Dalam situasi seperti itu, pengguna warganegara dengan MyKad akan diizinkan untuk mengisi petrol RON95 dengan harga subsidi walaupun pengesahan tidak boleh dilakukan. Sistem untuk semakan juga dikendalikan secara berpusat oleh kerajaan, membolehkan pengisian boleh dibuat di mana-mana stesen atau berbeza operator, tetapi rekod subsidi dan baki penggunaan akan tetap selari.

Esok BUDI95 akan dimulakan pula untuk penerima STR dalam fasa kedua, dan sistem ini akan terbuka untuk semua pengguna warganegara Malaysia untuk fasa ketiga yang bermula Selasa hadapan, 30 September 2025.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance with us

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services. You can also pay with instalment using Grab PayLater or Shopee SPayLater.

Renew Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required