SYM VFE 185i dilancar untuk pasaran Malaysia – enjin 183 cc, enam kelajuan, meter digital, RM9,988

SYM VFE 185i dilancar untuk pasaran Malaysia – enjin 183 cc, enam kelajuan, meter digital, RM9,988

SYM VF3i yang sebelum ini digelar sebagai “kapcai berkapasiti paling tinggi di dunia” kini sudah ada pengganti apabila MForce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan VFE 185i, yang dijual pada harga RM9,988 tidak termasuk insurans.

Memacu VFE 185i adalah enjin satu silinder suntikan bahan api, SOHC 183 cc, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan, mampu menghasilkan 19.7 hp pada 9,000 rpm dan tork 17.46 Nm pada 7,500 rpm. Tangki bahan api masih lagi berkapasiti tujuh liter seperti VF3i.

Selain penampilan serba baru dengan lampu hadapan dan belakang LED, satu lagi penambah baikan yang menjadi perhatian pada VFE 185i adalah meter digital LED berwarna penuh, yang digunakan untuk memaparkan informasi penting termasuk kelajuan, tahap rpm dan kedudukan gear.

Dalam keadaan asal, VFE 185i datang dengan rim 17 inci yang dibalut tayar 90/80 di hadapan dan 120/80 di belakang, sementara brek pula kedua-duanya menggunakan cakera dan dilengkapi dengan sistem ABS dual-channel.

Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk fork teleskopik di hadapan, monoshock di belakang, soket pengecas USB-A dan sistem kunci pintar. Tiga pilihan warna disediakan untuk VFE 185i ini dan ia diberikan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance with us

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services. You can also pay with instalment using Grab PayLater or Shopee SPayLater.

Renew Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required