SYM VF3i – Malaysia negara pertama terima “kapcai berkapasiti paling tinggi di dunia”, 183 cc, RM8,467

SYM VF3i – Malaysia negara pertama terima “kapcai berkapasiti paling tinggi di dunia”, 183 cc, RM8,467

MForce Bike Holdings Sdn Bhd, iaitu pengedar rasmi motosikal jenama SYM di Malaysia hari ini melancarkan sebuah model yang mereka panggil sebagai “kapcai berkapasiti paling tinggi di dunia”, bernama SYM VF3i. Malaysia juga menjadi pasaran pertama di dunia yang menerima model ini.

Sementara pasaran Malaysia ‘panas’ dengan kapcai berkapasiti 150 cc seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS150i, SYM pula cuba memberi cabaran yang lebih dengan menawarkan SYM VF3i yang menggunakan enjin empat strok satu silinder penyejukan cecair SOHC berkapasiti 183 cc.

Bersama padanan transmisi enam kelajuan, enjin suntikan bahan api ini mampu menghasilkan kuasa 17.7 hp pada 8,500 rpm, 15.3 Nm tork pada 7,500 rpm dan turut menerima penarafan emisi Euro 3. Palam pencucuh yang digunakan pula masih lagi hanya satu. Laju maksimum yang boleh dicapai adalah 155 km/j (mengikut meter).

Melihat kepada bentuk luar motosikal ini, ia menggunakan unit LED bagi lampu siang (DRL), lampu penunjuk arah serta lampu belakang. Warna yang ditawarkan pula ada tiga, iaitu biru dan merah untuk model standard yang dijual pada harga RM8,467.28 dan warna hitam matte, iaitu model SE pada harga RM8,785.28 (termasuk GST, tanpa insurans).

Kelengkapan lain yang terdapat pada SYM VF3i ini adalah termasuk fork teleskopik, brek cakera 250 mm dengan angkup dua piston serta tayar 90/80R17 di hadapan, dan monoshock, brek cakera 200 mm dengan angkup dua piston di belakang, serta tayar 120/70R17 di belakang.

Berat keseluruhan motosikal ini adalah 124 kg, dan ia menyediakan tangki bahan api tujuh liter. Menurut SYM, melalui ujian mereka, dengan isian bahan api penuh motosikal ini dapat pergi dari Alma, Bukit Mertajam ke Kuala Perlis. Jika menurut Google Map, jarak antara dua tempat ini adalah 171 km.

SYM VF3i akan tiba di wakil pengedar motosikal SYM menjelang bulan Mei ini, dan ia datang dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • phuwekk on Apr 16, 2018 at 10:36 am

    Apa beza antara SE dan biasa? warna sahajakah?

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 11
  • miskintegargajibawah3k on Apr 16, 2018 at 2:00 pm

    Veoom vrooom .settle blacklist mara . Kasi angkat la .ape lagi.. hotel mane nak check in ni. Nak ringan2 atas moto x boleh. Hmm. Bawak awek gi rumah sewa la. Aummm

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 24
  • #SELIPAR TERBANG on Apr 16, 2018 at 4:18 pm

    Kenapa guna engin SOCH? Sepatutnya pakailah engin jenis DOCH barulah laju

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 6
  • meter sym kn ringn

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Hasmizam Ahmad on Apr 18, 2018 at 8:18 am

    Mr Paul Tan.. Adakah #tuneboss akan mengeluarkan unit ecu nya utk model ni?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • ala70 on Apr 18, 2018 at 11:53 am

    RPM Cut off pada 9500 rpm. Dalam salah satu Youtube, MFORCE kata bukan demand pengguna masa kini. Telah dibincang dengan jurutera SYM. Next batch upgrade cut off ker tuan Paultan? Mohon confirmation. Tunggu batch tu baru kasik angkat..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • pearjai on Apr 22, 2018 at 12:42 am

    Almost rm9k for sym kapchai is a joke ! Better gor for honda/yamaha…..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required