Pengedar BMW, Auto Bavaria, telah mengumumkan pembukaan semula pusat servisnya bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan sehingga 12 Mei ini. Dimaklumkan bahawa pusat servis berkenaan telah pun mula beroperasi sejak minggu lalu selepas menerima kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Syarikat terbabit turut berkata, untuk pelanggan yang ingin ke salah satu pusat servis yang telah beroperasi semula, perlulah membuat temujanji terlebih dahulu sebelum menghantar kereta masing-masing untuk diselenggara atau dibaikpulih. Berikut merupakan pusat servis yang telah dibuka dan waktu operasinya:
- Auto Bavaria Ara Damansara (Isnin-Jumaat, 9 pagi hingga 4 petang; Sabtu, 9 pagi hingga 12.30 tengahari)
- Auto Bavaria Kuala Lumpur (Isnin-Jumaat, 9 pagi hingga 4 petang)
- Auto Bavaria Sungai Besi (Isnin-Jumaat, 9 pagi hingga 4 petang)
- Auto Bavaria Johor Bahru (Isnin-Jumaat, 9 pagi hingga 4 petang)
- Auto Bavaria Penang (Isnin dan Khamis, 8 pagi hingga 5 petang)
Untuk membuat temujanji, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Auto Bavaria di talian 1-300-133 338.


BMW M3 Touring
dari RM898,800
BMW iX1 L
dari RM252,800
BMW iX
dari RM425,800
BMW X3
dari RM325,800
BMW M5
dari RM1,188,800
BMW M4 Coupe
dari RM878,800
BMW 2 Series Gran Coupe
dari RM173,800
BMW 3 Series
dari RM265,800
BMW 3 Series M
dari RM388,800