Proton Perdana 2016 – spesifikasi rasmi didedahkan

Perdana-Brochure-1

Apabila Proton Edar telah mendedahkan spesifikasi rasmi Perdana 2016 menerusi laman webnya, ini menandakan tarikh pelancaran model premium ini kian hampir. Di mana kini Proton Edar telah giat memulakan rangka promosi bagi Perdana 2016 ini dan menerusi spesifikasi yang dipaparkan ini adalah bagi varian Perdana 2.4 Premium.

Seperti mana yang pernah disiarkan sebelum ini, Perdana 2016 masih lagi mengekalkan enjin Honda K24Z I-VTEC aci sesondol berkembar untuk varian 2.4L (177 hp/222 Nm) dan R20A I-VTEC aci sesondol tunggal untuk varian 2.0L (154 hp/189 Nm).

Perdana 2016 ini memiliki ukuran 5,020 mm panjang, 1,845 mm lebar, 1,475 mm tinggi dan jarak roda pula 2,800 mm. Tangki bahan apinya pula berkapasiti 70 liter.

Screen Shot 2016-03-11 at 6.54.29 PM

Menerusi spesifikasi ini, Perdana 2.4L Premium dilengkapi dengan lampu utama projektor xenon (projektor halogen untuk model 2.0L) turut disertakan dengan lampu nyalaan siang LED. Ia juga dihiasi dengan kit badan termasuk skirt sisi dan spoiler di bahagian belakang. Malah menurut pemerhatian kami semasa menghadiri majlis pra-tonton model ini, lampu belakang juga dipertingkatkan dengan penggunaan lampu jenis LED.

Ia juga dilengkapi dengan Bantuan Parkir termasuk pengesan di bahagian hadapan dan belakang. Selain itu, aspek keselamatan yang ditampilkan pada Perdana 2016 ini, pastinya bersama ABS dan EBD serta Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Screen Shot 2016-03-11 at 6.55.31 PM

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahagian kabinnya tidak banyak berbeza dengan apa yang ditampilkan pada Honda Accord. Ia turut dilengkapi dengan pedal penukar gear dan kawalan kelajuan pada roda stereng, sistem hiburan dan navigasi GPS, penghawa dingin dua-zon, kamera undur, dan tempat duduk larasan kuasa dengan lapan-cara untuk pemandu.

Proton turut mengesahkan, model ini tidak disertakan dengan sistem kemasukan kunci pintar untuk kedua-dua varian. Manakala kemasan dalaman ditawarkan dengan dua warna berbeza mengikut varian iaitu beige untuk model 2.4L dan hitam untuk model 2.0L. Kesemua tempat duduk juga dibaluti dengan kulit penuh, manakala untuk trim model 2.4L menerima kekemasan kayuan dan model asas 2.0L hanya dipadankan dengan trim berwarna perak.

Ia juga bakal ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold.

Perdana 2016 ini juga telah pun mula dibuka tempahan sejak 16 Februari lalu dengan harga jangkaan antara RM100k hingga RM150k. Kami akan membawakan perkembangan lanjut mengenainya dari semasa ke semasa.

GALERI: Pra-prebiu Proton Perdana 2016

GALERI: Proton Perdana 2016 hasil rendered

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Edisi Bahasa Melayu ini dan banyak penulisan yang lepas kurang menarik kerana penggunaan susunan ayat/perkataan yang agak janggal. Google translate kah?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 2
    • penulis bukan cikgu bahasa, harap maklum

      p/s harap boleh kurangkan terjemahan bahasa inggeris sebaliknya banyakkan lagi menggunakan bahasa melayu asli (bukan inggeris melayu)

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Fairos on Mar 12, 2016 at 9:41 pm

    the front headlight is awesome but the rearlight is awful. and the 5-speed automatic is kinda outdated though. Having said that, these will not stop me from buying my third proton car haha.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
    • cakap jer bahasa malaysia, yang susah nak speaking dalam versi bahasa inggeris pasal apa?

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  • Sapian Mohd on May 20, 2016 at 5:54 pm

    Orang dah piii jauh ke mana… kita tak habis2 dok selak bontok Perdana…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • khalifah on May 21, 2016 at 6:32 am

    Nak laris, model kena canatik dihati pembeli, bukan ikut sedap proton holding, contoh yg tak cantik Suprima S, kalau tengok dari jauh mcm kereta model lama terutama dilihat bhg belakang. Bandingkan Honda City yg menyerlah.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required