DRB-Hicom mahu jual semua kepentingan Proton, sasar syarikat asing untuk membelinya – laporan

Proton_Iriz_Review_-019

DRB-Hicom, dikatakan sedang mencari peluang untuk menjual semua kepentingannya di dalam Proton, laporan The Star berdasarkan Kajian Ekuiti CIMB. Menurut laporan tersebut, Kajian Ekuiti CIMB berkata pelupusan saham terhadap Proton memberikan harga yang cukup baik untuk saham yang ditawarkan.

Laporan tersebut turut menyebut, DRB-Hicom Bhd menjangkakan sekurang-kurangnya akan ada tujuh bidaan untuk Proton pada pertengahan bulan ini dan ia mungkin akan menjual 100% kepentingan Proton kepada syarikat asing.

Dalam laporan berasingan, Kajian Ekuiti CIMB menamakan syarikat Perancis, Groupe PSA dan Renault SA, syarikat Jerman, Volkswagen, General Motor dari Amerika Syarikat, Suzuki dari Jepun dan Geely dari China sebagai rakan atau pembeli potensi untuk Proton. Setiausaha Jawatankuasa Pemantauan Khas, Madani Sahari, baru-baru ini berkata, Proton perlu mengikut jejak langkah model kerjasama Perodua-Daihatsu bagi memacu kejayaan.

Proton Perdana Test Drive 19

Kajian CIMB turut berkata, pelan menjual Proton kepada syarikat asing bukanlah suatu perkata yang baharu. Malah pada tahun 2012, Volkswagen dan Peugeot-Citroen dilaporkan berminat untuk membeli saham Proton daripada DRB-Hicom.

“Kami memandang dari sudut positif langkah DRB mahu melupuskan seluruh saham terhadap Proton. Kami percaya, dengan langkah menjual Proton kepada syarikat asing dilihat mampu mengembalikan semula kedudukan Proton kepada kedudukan yang lebih tepat, sekaligus menyuntik dana ekuiti yang diperlukan,” ujar laporan berkenaan.

Proton dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada Tahun Kewangan Ketiga/2016. Ini turut mempengaruhi kerugian yang dialami oleh DRB-Hicom dengan jumlah RM821.3 juta. Jika tidak mengalami kerugian tersebut dijangkakan DRB-Hicom mampu mencatatkan profit sebanyak RM578.7 juta. Untuk pengetahuan, DRB-Hicom membeli 100% kepentingan dalam Proton dengan jumlah RM3 bilion pada tahun 2012.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Alson P on Aug 08, 2016 at 7:47 pm

    Mengikut model kerjasama Produa bukanlah yang terbaik.. Perodua mengutamakan pasaran tempatan Dan 90% model kenderaannya rebadge.. Yang mana 90% model eksportnya menggunakan badge daihatsu/Toyota..

    Ikutlah model kerjasama seperti Audi anak syarikat Volkswagen, walaupun Audi anak syarikat VW tetapi boleh berjaya di persada antarabangsa.. Kia anak syarikat Hyundai juga berjaya dipersada dunia.. Chevrolet anak syarikat General Motor juga berjaya dipersada Dunia.. Opel anak syarika GM juga berjaya dipersada Dunia..

    Manakala perodua anak syarikat daihatsu / umw toyota juga berjaya, tetapi di Malaysia terutamanya Dan utamanya hanya di Malaysia..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required