Boon Siew Honda panggil balik Air Blade di Malaysia kerana masalah pam minyak – 3,935 unit terlibat

screen-shot-2016-10-18-at-14-19-42

Boon Siew Honda Sdn Bhd mengumumkan satu panggilan balik untuk model Air Blade (K27F) di Malaysia berikutan masalah pam minyak yang boleh mengembang, seterusnya mengakibatkan gangguan pada penyampaian bahan api. Keseluruhannya, terdapat 3,935 unit motosikal yang terlibat dan ini merangkumi model dengan nombor VIN PMKJF55B0EB000009 hingga PMKJF55B0EB003943.

Apabila pam minyak tersebut kembang, ia sekaligus akan menyebabkan gangguan penyampaian minyak, dan motosikal boleh sama ada semput, mati secara tiba-tiba atau tidak boleh dihidupkan. Dalam panggilan balik ini, pihak Boon Siew Honda akan memeriksa secara rapi motosikal yang dihantar dan bahagian yang terkesan akan ditukar untuk memastikan keselamatan penggunanya.

Sekiranya masih tidak menerima sebarang surat berkenaan panggilan balik ini, pemilik Air Blade, tidak kira sama ada yang membeli unit baru ataupun terpakai boleh menghubungi 1-800-88-3996 untuk menetapkan temu janji dengan pusat servis berhampiran dan mereka juga boleh melayari laman web www.boonsiewhonda.com.my untuk maklumat lanjut. Kos barang yang ditukar dan upah kerja dalam panggilan balik ini akan ditanggung sendiri oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd.

Honda Air Blade adalah sebuah skuter 125cc dengan suntikan bahan api PGM-FI yang dilancarkan oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd bersama EX5 Dream 110 pada bulan Julai 2013 dan ia masih lagi berada di pasaran sekarang pada harga bermula RM7,700.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Brandon wong on Mar 30, 2017 at 12:42 am

    my honda airblade the performance seems got problem… when I throttle then I stop throttle the bike like Pulling down. like jam… where can I custom or modify my airblade

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mohd ashed Abdullah on Jan 02, 2019 at 8:37 pm

    Honda air blade saya telah melalui proses penukaran itu, tetapi tetap sama juga ianya berlaku, apa yg sy dapati adalah rpm terlalu rendah menyebabkan Engine selalu terhenti dgn sndri & susah dihidupkan waktu pagi atau ketika Engine sejuk, dgn itu sy ambil pendekatan melaraskan rpm ke tahap sedikit tinggi pd sblm ini(factory adjust) dan hasilnya..
    Senang dihidupkan waktu Engine sejuk dan tiada lg engine mati tiba… Jika pihak honda terbaca komen sy ini..hrp anda kaji semula krn
    Apa yg berlaku hanyalah kesilapan teknikal yg sedikit tetapi menimbulkan emosi kpd pemiliknya…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required