Nissan-Mitsubishi

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) telah mengumumkan Nissan kini merupakan pemegang saham terbesarnya setelah pengambilalihan sejumlah 34% saham MMC berjumlah 237 bilion yen oleh Nissan lengkap. Turut diumumkan, Mitsubishi kini merupakan ahli penuh Pakatan Nissan-Renault yang kini telahpun berusia 17 tahun, bagi memberikannya peluang untuk memacu lebih pertumbuhan pada masa akan datang. Kemasukan Mitsubishi kedalam pakatan berkenaan juga secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar didunia.

Pengerusi dan CEO Nissan Carlos Ghosn juga telah dicalonkan sebagai Pengerusi Mitsubishi yang baharu. Langkah berkenaan akan menjadikan beliau sebagai ketua untuk tiga jenama automotif (beliau juga kini menyandang jawatan sebagai CEO Renault). Beliau akan disertai oleh tiga lagi pengarah Nissan yang dicalonkan termasuk Mitsuhiko Yamashita, bekas timbalan presiden eksekutif penyelidikan dan pembangunan Nissan, yang telah menyertai MMC awal tahun ini sebagai ketua pembangunan.

Calon lain adalah Hitoshi Kawaguchi, ketua pegawai kemampanan dan ketua hal ehwal luar global Nissan, dan Hiroshi Karube, pengawal global dan pengurus aset global Nissan.

Presiden dan CEO Mitsubishi Motors Osamu Masuko turut memohon agar Nissan menyediakan eksekutif senior untuk menyertai komiti eksekutif syarikat berkenaan bagi memperkasakan pentadbiran MMC. Trevor Mann, yang sekarang ini merupakan ketua pegawai prestasi Nissan, juga akan memegang jawatan COO untuk MMC.

YOKOHAMA, Japan (Oct. 20, 2016) – Nissan Motor Co., Ltd., ("Nissan") today completed its acquisition of a 34 percent equity stake in Mitsubishi Motors ("MMC") and became its largest shareholder. MMC will also become part of the global Alliance with Nissan and Renault. With the addition of MMC, the Alliance will be in the world's top three automotive groups by global volumes, with sales of 10 million units in fiscal year 2016. Pictured is Nissan Chairman and Chief Executive Officer Carlos Ghosn.

YOKOHAMA, Japan (Oct. 20, 2016) – Nissan Motor Co., Ltd., (“Nissan”) today completed its acquisition of a 34 percent equity stake in Mitsubishi Motors (“MMC”) and became its largest shareholder. MMC will also become part of the global Alliance with Nissan and Renault. With the addition of MMC, the Alliance will be in the world’s top three automotive groups by global volumes, with sales of 10 million units in fiscal year 2016. Pictured is Nissan Chairman and Chief Executive Officer Carlos Ghosn.

Tiga pemegang saham institusi terbesar dalam MMC (Mitsubishi Heavy Industries, Mitsubishi Corporation dan Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ) juga mengalu-alukan pelaburan dari Nissan, dan telah berikrar untuk menyokong calon-calon lembaga pengarahnya.

Sebagai tambahan jawatan-jawatan baharu ini, MMC turut akan melantik pengarah dengan peranan baharu untuk kawalan risiko global dan melapor terus kepada CEO, yang akan memantau pematuhan dan kawalan risiko. Pengarah ini akan sentiasa melaporkan ke lembaga pengarah sebagai langkah untuk menambahbaik pentadbiran syarikat berkenaan.

Pengumuman pengambilalihan tersebut juga menyaksikan Nissan dan MMC akan berkerjasama dalam program sinergi yang luas, dimulakan dengan pakatan untuk membina kereta kecil antara kedua-dua syarikat berkenaan selama lima tahun. Kedua-dua syarikat tersebut juga akan meneroka pembelian bersama dalam usaha untuk mengurangkan kos serta pemerhatian semula aspek untuk proses lokalisasi kilang bersama, perkongsian platform kenderaan serta perkongsian teknologi.

April lalu, Mitsubishi dilanda skandal berkaitan manipulasi keputusan ujian penggunaan bahan api kenderaan jualannya dan membawa kepada perletakkan jawatan Persidennya, Tetsuro Aikawa. Kejatuhan nilai saham Mitsubishi akibat krisis ini menyaksikan 34% pegangan sahamnya dibeli oleh Nissan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.