Kali ini kami bawakan pula video ringkas tentang model Audi A4 B9 2016 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada September lalu. Ia bersaing dalam kategori kereta eksekutif kompak, yang turut di’huni’ oleh Mercedes-Benz C-Class W205 serta BMW 3 Series F30.

Waktu ini hanya ditawarkan dengan pilihan enjin 2.0 turbo yang menjana 190 hp dan 320 Nm, Audi A4 ini dijual pada harga RM249,000. Sebagai sebuah model CBU yang diimport sepenuhnya, harga yang ditawarkan oleh model ini adalah kompetetif. Dua lagi varian – 1.4 TFSI dan 2.0 TFSI Quattro – akan tiba pada Januari 2017.

Walaupun nampak seiras dengan modelnya yang lama, ia sebenarnya sama sekali berbeza, luar dan dalam. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang perbezaan ini, rujuk galeri perbandingan versi B9 lawan B8 ini. Untuk mengetahui senarai lengkap tentang spesifikasi dan pilihan yang ada bagi Audi A4 B9 ini, layari juga Carbase.my.

GALERI: Audi A4 B9