LRT-rail-pix-Bernama_PT_BM

Pengguna perkhidmatan Transit Rel Ringan (LRT) dan KL Monorel berhak untuk menuntut bayaran balik sekiranya tren yang ingin dinaiki lambat tiba sekurang-kurangnya 15 minit, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri.

Beliau berkata, pengguna yang berhadapan dengan masalah kelewatan ini mempunyai pilihan sama ada menuntut kupon, yang boleh digunakan sebagai tiket bagi perjalanan pada hari berikutnya, laporan News Strait Times.

“Polisi ini turut diaplikasikan pada MRT, yang dijangka memulakan operasi hujung tahun 2016,” ujarnya bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) di Parlimen hari ini.

Koh bertanya apakah langkah yang bakal diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah kelewatan tren ini. Koh turut berkata pengguna pengangkutan awam di United Kingdom dan Jepun, sebagai contoh, boleh membuat tuntutan balik sekiranya perkhidmatan tren lewat tiba. Sebagai contoh, London Underground membenarkan penggunanya membuat tuntutan menerusi talian sekiranya tren lewat tiba sekurang-kurangnya 15 minit.

Beliau turut berkata sistem ganjaran seperti itu wajar dilaksanakan oleh Prasarana Malaysia Bhd, iaitu syarikat yang mengendalikan LRT dan KL Monorel, bagi memastikan perkhidmatan keseluruhannya dipertingkatkan dan lebih efisien.