Penumpang LRT, KL Monorel yang tetap menaiki tren lewat tiba tidak boleh tuntut bayaran balik – Prasarana

LRT-rail-pix-Bernama_PT_BM

Susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri yang menyarankan agar pengguna perkhidmatan Transit Rel Ringan (LRT) dan KL Monorel menuntut bayaran balik sekiranya tren yang ingin dinaiki lambat tiba sekurang-kurangnya 15 minit, ini ada maklum balas daripada pihak Prasarana Malaysia Bhd.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengendali LRT dan KL Monorel itu, penumpang yang tetap meneruskan perjalanan dengan tren yang lewat tiba tidak boleh menuntut semula bayaran tambang.

“Hanya penumpang yang membatalkan untuk meneruskan perjalanan pada waktu itu sahaja yang berhak membuat tuntutan semula bayaran tambang,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut Prasarana lagi, pengguna boleh membuat tuntutan berkenaan sekiranya mereka sudah membeli tiket tetapi tidak ingin meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT berikutan kelewatan tren tersebut. Malah pembayaran balik diberikan dalam bentuk kupon percuma untuk perjalanan sehala sahaja. Tempoh sah kupon tambang percuma ini adalah lima hari dari tarikh dikeluarkan.

Sekiranya pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT, hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya. Prasarana berharap kenyataan ini akan dapat menjelaskan apa jua kekeliruan yang timbul.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required