Malaysia bakal guna getah untuk turap jalan – Menteri

Malaysia bakal guna getah untuk turap jalan – Menteri

Kementerian Kerja Raya menerusi menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya akan melakukan kajian merangkumi aspek teknikal dan kos bagi menilai kesesuaian getah sebagai bahan untuk menurap jalan, lapor Utusan.

Menurut Fadillah lagi, kajian tersebut dijangka siap tahun ini dan bertujuan mengukur kekuatan campuran bitumen serta ketulan getah. “Kita mahu melihat sama ada campuran ketul getah dapat menguatkan lagi jalan dan lebih tahan lama berbanding kaedah konvensional,” katanya.

Tambah menteri itu lagi, setakat ini, terdapat indikasi positif terhadap jalan diturap getah sebagai alternatif kepada jalan biasa namun ia bergantung kepada penilaian akhir dari segi teknikal dan kos.

Beliau juga menambah, sebanyak tiga projek perintis jalan diturap getah telah disiapkan antaranya di Negeri Sembilan dan Selangor, masing-masing sepanjang satu kilometer. Satu lagi projek perintis bagi jalan diturap getah akan dibuat di Pahang selepas itu dan ia turut akan digunakan di Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dan Sabah sekiranya terbukti bagus.

Beliau juga memberitahu, walaupun kos membina jalan diturap getah mungkin lebih tinggi berbanding kaedah konvensional namun ia lebih menjimatkan dari segi penyelenggaraan

Sebelum ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong turut menyatakan, jalan raya yang diturap getah akan mula digunakan di negara ini tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required