Setelah Toyota mendedahkan angka jualannya bagi tahun 2016, Volkswagen yang sebelum ini mengumumkan telah pun menjual sebanyak 10.3 juta kenderaan, sah sebagai pengeluar automotif paling laris tahun lalu. Ini sekaligus memecahkan dominasi Toyota yang memegang takhta berkenaan selama empat tahun berturut-turut, bermula pada tahun 2012 sehingga tahun 2015.
Menurut laporan Automotive News Europe, Toyota telah menjual sebanyak 10.2 juta kenderaan tahun lalu, termasuk kenderaan-kenderaan dari jenama di bawah naungannya iaitu Lexus, Daihatsu dan Hino. Walau bagaimanapun, jualan global Toyota ini menunjukkan pertumbahan sebanyak 0.2% dan keuntungan Toyota dicatatkan dua kali ganda lebih banyak berbanding VW dalam tempoh enam bulan sehingga Disember, menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg.
Volkswagen Group, walaupun sedang dihambat skandal Dieselgate yang masih lagi belum berkesudahan tahun lalu sejak 2015, menerusi jenama-jenama di bawah naungannya termasuk Audi, Porsche, Seat, Skoda dan Volkswagen sendiri berjaya mencatatkan pertumbahan sebanyak 3.8% berbanding tahun sebelumnya dengan menjual 10.3 juta kenderaan, dari 9.93 juta pada 2015.
Kejayaan Volkswagen mengatasi Toyota ini disumbangkan oleh perubahan dinamik pada pasaran luar utama kedua-dua jenama tersebut iaitu Amerika Syarikat dan China. Sementara Toyota agak tertekan dengan kelembapan jualan keseluruhan pada industri automotif Amerika Syarikat, prestasi Volkswagen di China pula agak memberangsangkan kerana permintaan yang tinggi sejak 2015 dan juga pertumbuhan keseluruhan serta potongan cukai pada pasaran berkenaan.
Menurut penganalisis, lanskap politik global juga merupakan cabaran utama Toyota di Amerika Syarikat kerana tekanan yang diberikan oleh Presiden Donald Trump. “Trump merupakan risiko yang lebih besar kepada Toyota berbanding Volkswagen kerana pengeluar dari Jerman itu mempunyai pendedahan yang kecil pada pasaran Amerika Syarikat. Toyota telah membuat pelaburan untuk membina kilang baharu di Mexico dan akan mempunyai pilihan yang terhad untuk merayu kepada Trump,” kata Ken Miyao, penganalisis pasaran yang berpusat di Jepun, Carnorama.
Toyota telah menetapkan untuk melabur sejumlah US$10 bilion (RM44.3 billion) untuk pasaran Amerika Syarikat untuk lima tahun berikutnya, bersama pengeluar-pengeluar lain sebagai respon kepada tekanan yang dberikan oleh Trump untuk mewujudkan dan mengekalkan peluang pekerjaan d Amerika Syarikat. Toyota telah menghasilkan lebih dari 1.38 juta kenderaan dan trak di AS tahun lalu, manakala kilang pertamanya untuk pasaran tersebut telah dibina tiga dekad lalu di Georgetown, Kentuckty.
“Perkembangan pasaran Amerika Syarikat akan menentukan sama ada VW masih boleh mengatasi Toyota atau tidak tahun in,” kata Sascha Gommel, penganalisis Commerzbank yang berpusat di Frankfurt. “Jika pasaran China serta Eropah terus kukuh dan pasaran Amerika terus lemah seperti yang saya jangkakan, VW mungkin akan terus di atas pada 2017 kerana Toyota lebih terdedah pada Amerika Utara,” tambah Gommel.
Kemunculan Toyota Camry generasi baharu pada pasaran Amerika Syarikat akan membantu Toyota untuk mengekalkan penguasaannya di pasaran berkenaan, susulan kelembapan dalam pasaran sedan atas sebab orang ramai menantikan pelancaran model baharu ini di Detroit Motor Show.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Jatuhnya Toyota di Malaysia juga memberi impak kepada Toyoya di peringkat global secara kesuluruhan walaupun untung banyak (sebab down spec)