PSA beli jenama Ambassador dari Hindustan Motors

PSA beli jenama Ambassador dari Hindustan Motors

Jika sebelum ini PSA Group (pemilik jenama Peugeot dan Citroen) dilaporkan sedang berbincang untuk mengambil alih Opel-Vauxhall dari General Motors, kini kumpulan automotif dari Perancis berkenaan disahkan membeli jenama Ambasador dari Hindustan Motors dan membayar 800 juta rupees kepada CK Birla Group (pemilik Hindustan Motors) untuk tujuan tersebut, lapor Times of India.

“Kami telah melengkapkan perjanjian dengan Peugeot SA Group untuk penjualan jenama Ambassador, termasuk tanda dagangannya,” kata jurucakap Hindustan Motors.

Jika anda biasa menonton filem Bollywood dan Tamil, Ambassador sering dilihat digunakan sebagai kenderaan rasmi orang kenamaan seperti menteri dan pegawai tinggi di India.

Kumpulan produksi Ambassador terakhir keluar dari barisan pengeluaran pada tahun 2014 selepas dihasilkan selama 56 tahun di India. Di bina berasaskan Morris Oxford Series II, jenama berkenaan mampu bertahan lama atas faktor ekonomi republik berkenaan yang dikawal ketat dan pilihan dalam pasaran automotif yang terhad selama berberapa dekad selepas kemerdekaannya. Ia mula tergugat dengan kehadiran Suzuki Maruti 800 iaitu Suzuki Alto versi tempatan pada era 80’an.

Walau bagaimanapun, masih belum jelas apa perancangan PSA terhadap jenama Ambassador tersebut. Menurut akhbar berkenaan lagi, sebelum ini Ambassador dijangka bakal kembali semula ke pasaran India pada 2018. Tahun lalu, Peugeot telah menandatangani perjanjian bersama CK Birla untuk menggunakan kilang Hindustan di Chennai. Kilang berkenaan kini memproduksi kenderaan jenama Mitsubishi, dan mempunyai kapasiti menghasilkan 12,000 unit kenderaan setahun.

Selain dari pembelian jenama dari India ini dan perbincangan untuk mengambil alih Opel-Vauxhall, PSA Group juga kini sedang bersaing dengan Geely dan Renault untuk menjadi rakan strategik Proton, yang ditawarkan 51% kepentingan di kilang Proton Tanjung Malim.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required