Hyundai Elantra baharu bakal tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi – 1.6 Turbo T-GDi Sport dan 2.0 NA

Hyundai Elantra baharu bakal tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi – 1.6 Turbo T-GDi Sport dan 2.0 NA

Sebelum ini, Hyundai Elantra baharu dikesan sedang dinilai oleh JPJ untuk masuk ke pasaran Malaysia, dan terbaharu kami mendapati model berkenaan telah pun diprebiu kepada pengedar-pengedar Hyundai tempatan, menandakan Elantra AD versi CKD ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

Gambar-gambar yang kami terima ini dikongsikan kepada kami oleh Dato Billy Goh, CEO One Auto Group, memaparkan dua contoh model berbeza untuk spesifikasi tempatan. Satu lagi gambar model berwarna kuning yang ditemui sedang dipandu diatas jalan raya di bawah pula diambil sendiri oleh editor web kami, Izwaashura Sadali.

Unit yang berwarna merah dalam gambar ini merupakan model Elantra Sport, yang boleh dikenalpasti dari pada gril unik (kemasan krom tidak diberikan secara keseluruhan bersama emblem ‘Sport’ pada bahagian sisi), liang kemasukan udara sisi lebih besar dengan elemen krom berbentuk-C bersama lampu nyalaan siang LED serta rekaan lampu hadapan yang lebih terperinci.

Pada bahagian belakang, ia diberikan tip ekzos berkembar ditempatkan pada diffuser serta lencana ‘Sport’ bagi menandakan ia model yang lebih berkuasa. Lampu belakang dengan tiga jalur lampu brek berbentuk-C diberikan kepada kedua-dua varian. Rim juga dibezakan antara kedua-dua model ini di mana Sport menerima rim lima jejari berkembar, manakala varian lebih rendah menerima rim dengan rekaan seperti bilah.

Hanya satu gambar yang memaparkan imej bahagian dalaman Elantra baharu ini, dan dapat dilihat ia diberikan roda stereng rata di bawah diberikan jahitan berwarna merah (roda stereng yang sama seperti Ioniq, namun model hibrid tersebut menerima jahitan berwarna biru), kemasan dengan elemen karbon, set pedal aloi serta tempat duduk berwarna merah/hitam. Ia turut diberikan sistem penghawa dingin automatik dua-zon, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin dan juga hubungan Bluetooth.

Elantra Sport (atau Avante Sport di Korea Selatan) menerima enjin yang lebih berkuasa iaitu 1.6 liter turbo Gamma T-GDI berkuasa 204 hp dan tork maksima 265 Nm di pasaran negara asalnya. Enjin turbo berkenaan dipadankan dengan pilihan sama ada enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan automatik klac berkembar (DCT) – tetapi pasaran Malaysia bakal menerima transmisi DCT sahaja.

Pengenalan Elantra dengan kuasa turbo ini sememangnya agak menarik dan ianya benar-benar tidak dijangka – seperti juga Tucson versi dipertingkatkan menggunakan enjin sama, berkuasa 177 PS/265 Nm yang telah pun diprebiu untuk pasaran tempatan. Sebelum ini, Hyundai telah pun memperkenalkan Veloster Turbo untuk pasaran Malaysia dijana enjin yang sama menghasilkan 186 PS/265 Nm. Sebagai perbandingan, Honda Civic 1.5 liter VTEC Turbo menjana 173 PS/220 Nm.

Walau bagaimanapun, Hyundai masih menawarkan pilihan enjin NA untuk pasaran tempatan menerusi model asas yang diberikan enjin 2.0 liter Nu MPi, dipadankan bersama kotak gear automatik torque converter konvesional enam-kelajuan, sama seperti model-model Hyundai sedia ada.

GALERI: Hyundai Avante Sport pasaran Korea

GALERI: Hyundai Elantra Sport pasaran Amerika

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Learn more:

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required