Standard penghasilan tayar celup kenderaan berat akan dikaji semula demi keselamatan – KPDNKK

Standard penghasilan tayar celup kenderaan berat akan dikaji semula demi keselamatan – KPDNKK

Memandangkan lambakan tayar celup terutamanya untuk kenderaan berat mudah didapati di pasaran, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan akan mengkaji semula standard penghasilan tayar berkenaan. Ia adalah sebagai salah satu cara bagi meningkatkan tahap keselamatan sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kajian semula itu juga mengambil kira perubahan cuaca semasa, yang mana standard lama yang dipatuhi ketika ini, tidak lagi bersesuaian, laporan Bernama.

“Di negara Eropah mereka telah tingkatkan satu standard baharu bagi tayar celup yang dihasilkan meskipun negara mereka beriklim sejuk, apatah lagi kita dengan keadaan cuaca yang panas. Jadi kita juga mahu kualiti tayar celup yang dihasilkan harus mengikut kesesuaian cuaca negara kita,” katanya kepada pihak pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke sebuah syarikat pengeluar tayar celup di Senawang semalam.

Beliau berkata setakat ini, jawatankuasa petugas terdiri daripada KPDNKK, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Sirim Berhad bersetuju agar tayar celup yang dikeluarkan perlu meletakkan label tarikh pengeluaran, memastikan tayar terpakai digunakan tidak melebihi tiga kali dan melihat gam getah yang digunakan dalam pembuatannya.

Tambahnya lagi, “Kita mahu keseluruhan industri yang menghasilkan tayar celup ini menggunakan standard yang baharu ini.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required