Audi Q8 Sport Concept guna sistem operasi Android

Audi Q8 Sport Concept guna sistem operasi Android

Interior with seamless integrated Android.

Di dalam sebuah laporan sebelum ini, kami memaklumkan Volvo sedang beralih kepada Android sebagai asas sistem infotainmen generasi baru bagi kenderaan keluarannya kelak. Kini, sebuah lagi jenama turut mengikut jejak yang sama; Audi juga akan mempamerkan model konsep Q8 Sport yang disepadukan dengan sistem operasi Android ketika persidangan Google I/O yang bakal berlangsing 17 Mei ini.

Menampilkan penggunaan operasi Android bagi sistem infotainmen dalam kenderaan, ia menampilkan aplikasi Spotify dan Google Play Music dengan Google Assistant yang diperkenalkan pada telefon pintar Pixel – semuanya pada skrin sentuh MMI di tengah. Semua perkhidmatan Google ini turut akan dipaparkan pada kokpit maya Audi, untuk memudahkan pemandu.

Pengguna juga boleh menggunakan Google Maps sebagai pilihan sistem tunjuk arah. Mesej serta panggilan juga boleh diterima melalui aplikasi baru ini. Audi mendakwa kepakaran dan kreativiti komuniti terbuka Android akan mempercepat pembangunan aplikasi baru untuk kegunaan dalam kenderaan – asalkan mereka menepati keperluan Audi dan Google.

Pengguna juga boleh menikmati manfaat tambahan lain, seperti kitaran kemaskini yang lebih singkat, kepelbagaian perkhidmatan yang tersedia serta rangkaian yang meluas diperingkat antarabangsa.

Audi Q8 Sport Concept

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required