GALERI: Hyundai Elantra 2017 pasaran Malaysia

GALERI: Hyundai Elantra 2017 pasaran Malaysia

Awal bulan ini, Hyundai telah melancarkan sedan segmen-C Elantra generasi baharu pada pasaran Malaysia. Hari ini, ketika majlis berbuka puasa Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), dua varian model berkenaan iaitu GLS 2.0 Executive dan Sport 1.6 Turbo telah dipamerkan untuk tatapan umum.

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Elantra pasaran Malaysia ditawarkan dalam tiga versi iaitu varian asas GLS 2.0 Executive (RM116,388), varian pertengahan GLS 2.0 Dynamic (RM120,588) dan juga varian tertinggi Sport 1.6 Turbo (RM131,488).

Untuk varian-varian yang menggunakan enjin 2.0 liter NA, ia diberikan enjin empat silinder Nu MPI menjana 152 PS pada 6,200 rpm dan tork maksima 192 Nm pada 4,000 rpm. Enjin berkenaan dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan. Selain itu, model-model NA ini juga diberikan sistem gantungan jenis torsion beam pada bahagian belakang.

Untuk bahagian luaran pula, varian asas ini hadir dengan lampu hadapan projektor halogen automatik, lampu kabus dan rim aloi 17 inci dengan rekaan seperti turbin. Tiada kit badan seperti varian Dynamic diberikan.

Ciri lain yang diberikan pada model 2.0 Executive ini termasuk sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin, kemasan dalam kulit dan sued, cermin pandang belakang malap automatik, pendingin hawa manual dengan liang kabin belakang, penderia undur, sistem infotaimen dengan skrin sesentuh tujuh inci dan sambungan Bluetooth, CarPlay dan Android Auto, kamera undur dan sistem pemerhati tekanan angin tayar.

Bagi model 1.6 Turbo pula, ia diberikan enjin Gamma T-GDI, yang berkuasa 204 PS pada 6,000 rpm dan tork maksima 265 Nm pada antara 1,500 hingga 4,500 rpm. Ia dipadankan bersama kotak gear klac berkembar (DCT) tujuh-kelajuan automatik. Untuk suspensi belakang pula, ia diberikan sistem multilink lebih jitu.

Ciri lain diberikan untuk varian tertinggi ini termasuk lampu hadapan HID, lampu nyalaan siang LED, tempat duduk kulit sepenuhnya, pendingin hawa dwi zon automatik, pedal penukar gear di stereng, pengelap cermin automatik (pengesan hujan), dan ciri keselamatan seperti pengesan titik buta dan rear cross traffic alert (RCTA).

Varian Sport juga datang dengan gril unik, bersama lencana Turbo, bampar dengan bukaan udara lebih luas, dan lampu utama dengan rekaan yang lebih kompleks. Di bahagian belakangnya terdapat pula diffuser, muncung ekzos berkembar dan lencana ‘Sport’. Rim untuk model ini juga adalah lain.

Bahagian kabin, versi turbo ini diberikan banyak bahagian berwarna merah seperti, tempat duduk (turut dijahit dengan tulisan ‘Sport’ pada bahagian kerusi hadapan), panel pintu, jahitan pada stereng dan pelapik tombol gear, dan keliling karpet. Stereng model ini adalah sama dengan stereng Ioniq, cuma bahagian yang berwarna biru diganti dengan merah.

GALERI: Hyundai Elantra 2017 GLS 2.0 Executive

GALERI: Hyundai Elantra 2017 1.6 Sport

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Learn more:

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required