Proton-Geely Boyue bakal masuki pasaran akhir 2018

Proton-Geely Boyue bakal masuki pasaran akhir 2018

Model pertama Proton dengan kerjasama strategik bersama Geely, iaitu yang berasaskan SUV Boyue akan memasuki pasaran pada akhir 2018 tau awal 2019.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan, buat masa ini, Proton dan Geely menumpukan kepada penubuhan kilang di Tanjung Malim, Perak, yang dijangka menjadi kilang automotif yang utama dan perintis di negara ini untuk melaksanakan teknologi pembuatan baharu di bawah Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0), laporan Bernama.

“Melalui pakatan strategik ini, Geely akan membantu Proton dari segi teknologi dan pada masa sama memasang model pacuan empat rodanya, kereta pintar dan membangunkan teknologi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Malaysia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai pengenalan model baharu itu, Ong berkata ia akan mengambil masa kurang daripada lima tahun, tempoh masa untuk menyiapkan kilang di Tanjung Malim.

Di bawah perjanjian antara syarikat induk Proton, DRB-Hicom Bhd dan pengeluar kereta dari China, Zhejiang Geely Holding Group, Proton diberi lesen untuk mengeluarkan, menjual, memasarkan dan mengedar kenderaan platform Geely yang dikenal pasti di bawah jenama ‘Proton’ di Malaysia untuk tempoh lima tahun. Sekaligus membuka pintu kepada Geely untuk memasuki pasaran Asia Tenggara.

Malah menerusi pakatan strategik ini juga, kerajaan Malaysia optimis menyasarkan pengeluaran sebanyak 280,000 unit kereta bagi pasaran Asia Tenggara dan China.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Alson P on Aug 01, 2017 at 2:06 pm

    Tidak dinafikan Boyou mempunyai reka bentuk menarik dan berharga murah di pasaran.. Sangat sesuai untuk di rebadged..

    Adalah ‘lebih baik’ jika Proton berkolaborasi bersama Volvo.. Untuk model SUV Proton boleh bangunkan dari platform XC40 dan XC60 dari Volvo..

    Untuk model baru MPV saiz penuh, Trak pikup 4×4 dan VAN 12-18 penumpang, Proton boleh bangunkan dari platform XC90..

    Umtuk model pengganti Preve/Suprima, Proton boleh banunkan dari platform S40/V40.. Untuk model pengganti Perdana pula boleh berkongsi platform S60/S90..

    Walau bagaimanapun berkongsi platform masih memerlukan banyak kos pembangunan dari pelbagai aspek.. Bagi mengelakkan kos-kos tersebut, rebadged adalah jawapannya..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required