Triumph Motorcycles jalin kerjasama dengan Bajaj

Triumph Motorcycles jalin kerjasama dengan Bajaj

Satu kerjasama global di antara syarikat pengeluar motosikal dari United Kingdom, Triumph Motorcycles dan dari India, Bajaj Auto telah diumumkan. Objektif utama kerjasama tanpa ekuiti ini adalah untuk memberikan lebih banyak motosikal kapasiti pertengahan kepada pasaran, berdasarkan kelebihan yang ada pada kedua-dua belah pihak.

Apabila keluar model hasil daripada kerjasama ini, Triumph akan dapat memasuki pasaran baru yang lebih besar, sekaligus mengembangkan lagi keberadaan syarikat di peringkat global. Bagi Bajaj pula, ia akan mendapat akses kepada motosikal Triumph, untuk dipasarkan di dalam India serta beberapa pasaran antarabangsa lain.

Perincian lanjut berkenaan kerjasama ini masih belum diberitahu, tetapi kedua-dua syarikat teruja dengan perjanjian yang telah terjalin. Bajaj, yang selain mempunyai 48% pegangan dalam syarikat motosikal Austria iaitu KTM, juga mempunyai banyak kerjasama dengan syarikat lain termasuk yang terbaru, dengan Modenas di negara kita.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required