Aston Martin mahu lebih aktif dalam perlumbaan F1

Aston Martin mahu lebih aktif dalam perlumbaan F1

Perlumbaan Formula 1 nampaknya masih menjadi perhatian bagi pengeluar kenderaan, di mana selain Porsche yang berminat untuk menyertainya, terbaru adalah Aston Martin, yang menyatakan mahu lebih aktif. Pada masa ini, Aston Martin hanya adalah ‘rakan kongsi inovasi’ bagi pasukan Red Bull Racing.

Dengan terdapat laporan media yang mengatakan Aston Martin akan terlibat dengan pembekalan enjin, ketua pegawai eksekutif Aston Martin, Andy Palmer mengeluarkan kenyataan kepada media Channel 4 (dari UK) di Singapura: “Kami mahu lebih aktif dalam sukan permotoran ini. Pada masa ini kami sedang mengkaji enjin bagi tahun 2021. Jika kami mendapat peraturan yang bersesuaian dan dapat membawa kepada kos lebih rendah, Aston Martin berminat untuk terlibat di bahagian ini.”

“Selepas itu, sudah tentu, kami ingin terlibat lebih aktif pada musim hadapan. Tetapi semua ini bergantung kepada apa yang akan berlaku pada peraturan enjin dalam perlumbaan ini,” kata Palmer yang merupakan bekas eksekutif Nissan.

Aston Martin mahu lebih aktif dalam perlumbaan F1

Ini sudah nampak cukup serius, selain Aston Martin yang dilihat mempunyai perletakan jenama pada kenderaan F1 Red Bull, dan bekerjasama dengan Red Bull untuk menghasilkan hypercar Valkyrie.

Pemilik F1, Liberty Media bersama badan pengelolanya, FIA kini sedang mengambil kira enjin yang akan menguasakan kereta F1 selepas tahun 2020. Sasaran utamanya adalah untuk membawa kos lebih rendah melalui enjin yang kurang kompleks berbanding enjin V6 turbo hibrid 1.6 liter sekarang, sekaligus akan menarik lebih banyak penyertaan pengeluar kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required