Hummer H1 elektrik untuk Arnold Schwarzenegger

Hummer H1 elektrik untuk Arnold Schwarzenegger

Selepas menghasilkan Mercedes-Benz G-Class elektrik untuk Arnold Schwarzenegger tahun lepas, Kreisel Electric membina sebuah lagi kenderaan elektrik untuk pelakon terkenal itu, kali ini menggunakan Hummer H1.

H1 asalnya adalah sebuah kenderaan tentera, yang dipanggil High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle (HMMWV), atau nama pendeknya, Humvee. Sesuai dengan imejnya, kenderaan ini diperlengkap dengan beberapa pilihan enjin diesel dan petrol V8, dan menjadi idaman pelakon Terminator tersebut.

Walaubagaimanapun, masa telah berubah, dan Schwarzenegger kini lebih ke arah kenderaan mesra alam. Disebabkan itu, projek H1 elektrik ini dimulakan, dan pembangunannya dijalankan oleh syarikat Austria tersebut, yang memasangnya dengan dua motor elektrik yang mendapat kuasa daripada bateri 100 kWh.

Secara keseluruhannya, motor elektrik ini menghasilkan kuasa sebanyak 490 PS (360 kW0, dan cukup untuk memacu kenderaan seberat 3.3 tan ini sehingga kelajuan 120 km/j. H1 EV ini mampu memberi perjalanan menggunakan kuasa elektrik sehingga 300 km, dan jika dibandingkan dengan keadaan asalnya, ternyata versi elektrik ini lebih mesra alam.

“Kreisel Electric telah menukar G-Class saya kepada kuasa elektrik tahun lalu, dan kini Hummer pula. Jika mereka terus maju seperti ini, tidak lama lagi saya boleh terbang dari Los Angeles ke Austria menggunakan kapal terbang elektrik,” kata Schwarzenegger yang memperkenalkan H1 EV ini semasa majlis pelancaran pusat pembangunan dan penyelidikan syarikat itu di Rainbach, Mühlkreis, Austria.

“Melalui model elektrik prototaip, kami dapat menunjukkan apa yang boleh dilakukan menggunakan teknologi Kreisel kepada orang ramai. Tentunya, kami tidak akan mengeluarkan model ini secara besar-besaran. Hummer ini walaupun nampak garang, ia beroperasi dengan sangat senyap,” kata salah seorang pengasas Kreisel Electric, Markus Kreisel.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required