Proton-Geely Boyue hanya akan diperkenalkan hujung tahun 2018, masa diperlukan untuk buat pelarasan

Proton-Geely Boyue hanya akan diperkenalkan hujung tahun 2018, masa diperlukan untuk buat pelarasan

Seperti yang pernah diumumkan sebelum ini, model pertama yang akan diperkenalkan di Malaysia hasil kerjasama Proton dan Geely adalah sebuah SUV yang diasaskan daripada model Boyue. Model ini dilancarkan di China Mac lalu, dengan dua pilihan enjin di pasaran sana, iaitu 2.0 liter NA 139 hp/ 178 Nm dan 1.8 liter turbo 161 hp/ 250 Nm. Walaubagaimanapun, model yang akan dipasarkan di Malaysia masih belum diketahui menggunakan enjin yang mana.

Model ini hanya dijangka dapat berada di pasaran Malaysia pada penghujung tahun 2018, dan ini sekaligus menimbulkan pertanyaan mengapa mengambil masa yang begitu lama, sedangkan model tersebut sudah pun lengkap dan dijual dengan sambutan yang baik di China.

Pengerusi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar mengulas, masa tersebut diperlukan kerana model ini asalnya adalah model panduan sebelah kiri, dan beberapa pelarasan perlu dibuat untuk mengubahnya ke panduan sebelah kanan. Selain itu, Proton juga perlu menguruskan hal berkaitan alat ganti untuk pemasangan tempatan kenderaan ini.

Proton-Geely Boyue hanya akan diperkenalkan hujung tahun 2018, masa diperlukan untuk buat pelarasan

“Dalam struktur yang ada di Malaysia, sekiranya lebih banyak komponen dalam negara yang digunakan, maka banyaklah insentif yang diterima. Ini adalah antara perkara yang perlu diambil kira,” tambah Faisal.

Berkenaan harga model berasaskan Boyue ini, ia diketahui akan dipasarkan dalam harga yang lebih rendah berbanding model yang mempunyai kelengkapan sama. Walaupun begitu, Faisal tidak memberitahu berapakah jangkaan harganya dan mengatakan bahawa Proton perlu berusaha untuk mengurangkan kos pengeluaran kenderaan ini terlebih dahulu.

Selain SUV berasaskan Boyue ini, gabungan Proton dan Geely juga akan memperkenalkan model baru setiap tahun, dan bukan itu sahaja, enjin serta transmisi baru juga akan diperkenalkan, dengan kemungkinan terdapat model hibrid, plug-in hybrid atau elektrik kerana transmisi itu sendiri sudah bersedia untuk penjana kuasa mesra alam yang disebutkan.

Geely Boyue di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Alison P on Sep 30, 2017 at 12:34 am

    Mengikut ramalan BLOGGER, SUV pertama proton akan dibekalkan dengan nadi 1.8 liter turbo 161 hp/ 250 Nm dengan harga di bawah rm90k tanpa aksesori tambahan pada akhir 2018..

    Manakala model yang sama menggunakan nadi 2.4 liter TGDI 240ps / 300nm dengan harga melebihi rm150k dengan eksesori tambahan dilancarkan pada akhir 2019..

    Kesemua Varian akan melepasi piawaian ASEAN NCAP 5-bintang terkini..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Amar Mohd Jiwa on Dec 28, 2017 at 2:14 am

      2.4 tgdi tu enjen Geely ke, apa cerita dgn engine Petronas AE01 yang dibangunkan oleh Proton dan Ricardo, Dato Harith kata tu diffrent projek dgn Ricardo akan menyusul.. Hope guna enjen petronas so rakyat lebih yakin.. Dan jgn mahal sgt, klau mahal better beli Mazda hihi..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required