Pengguna minta segera robohkan plaza tol terbiar

Pengguna minta segera robohkan plaza tol terbiar

Pengguna Lebuhraya Persekutuan menggesa pihak berkuasa untuk mempercepatkan kerja-kerja merobohkan plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Operasi kutipan tol di kedua-dua plaza berkenaan tamat awal tahun ini, dan tinggalan yang masih ada itu dikhuatiri boleh membahayakan pengguna.

Kemalangan yang berlaku di tol Batu Tiga awal minggu ini dan meragut dua nyawa membuktikan kekhuatiran itu mempunyai asas yang kuat, lapor Bernama.

Seorang pengguna, Mohd Faiz Anuar, 31 yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari memaklumkan, plaza tol yang ditinggalkan itu boleh jadi merbahaya kerana ada pengguna yang akan memperlahankan kenderaan mereka secara tiba-tiba sebaik menghampirinya disebabkan laluan yang sempit di situ.

“Keadaan ini sangat merbahaya, terutama pada waktu malam dan awal pagi serta ketika waktu puncak. Merobohkan plaza tol yang tidak lagi digunakan ini akan memastikan aliran trafik yang melaluinya lebih lancar,” ujar beliau.

Seorang lagi pengguna, Ahmad Ekhlas Hazlan berkata kerja-kerja merobohkan itu perlu dipercepat bagi mengelakkan kejadian kemalangan maut seperti itu tidak berulang.

Di dalam perkembangan yang sama, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata, pihak PLUS sekali pengendali plaza tol itu sedang dalam proses melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja merobohkan itu.

“Saya jangka proses tender untuk melantik kontraktor akan selesai dalam tempoh dua bulan lagi, atau mungkin lebih awal,” jelasnya kepada Bernama. Beliau juga menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan kerana lorongnya hanya selebar 3 meter.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required