SPYSHOT: Yamaha YZF-R15 V3 bakal tiba di Malaysia?

SPYSHOT: Yamaha YZF-R15 V3 bakal tiba di Malaysia?

Sudah dilancarkan di beberapa pasaran seperti India pada harga 1.25 juta rupee (RM7,620) dan Indonesia pada harga Rp35,200,000 (RM9,863), Yamaha R15 generasi ketiga kini dilihat sudah tiba di Malaysia. Motosikal yang menjadi persoalan ramai orang ini walaubagaimanapun masih belum dilancarkan secara rasmi.

Gambar Yamaha R15 V3 yang kami terima ini dihantar oleh seorang pembaca yang menggelarkan diri sebagai Pakcik Misai, dan ia menunjukkan motosikal tersebut diletakkan di satu kawasan motosikal. Berkemungkinan motosikal ini sedang diuji sebelum dibenarkan untuk didaftar atas jalan Malaysia.

SPYSHOT: Yamaha YZF-R15 V3 bakal tiba di Malaysia?

R15 V3 ini adalah model paling kecil Yamaha yang menggunakan kod nama R dan ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 155 cc, DOHC sejukan cecair, dengan teknologi VVA dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 19.3 hp dan 15 Nm tork. Padanan transmisi yang digunakan adalah enam kelajuan, dan klac jenis slipper & assist diberikan secara standard.

Walaupun menggunakan enjin berkapasiti rendah, R15 V3 ini datang dengan kelengkapan sporty seperti tayar yang lebar – 00/80-17 di depan, 140/70-17 di belakang, cakera brek depan berdiameter 282 mm, panel instrumen LCD, kerangka Deltabox dan swingarm aluminium. Kami juga terperasan, model di India ini tidak menggunakan fork terbalik (USD) di hadapan seperti model di Indonesia, dan diganti dengan fork teleskopik biasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • masuk msia……
    mimpi je la….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 5
    • NobodyReadThese on Jun 17, 2018 at 8:25 pm

      Sapa kata…
      InshaaAllah masuk, YangMahal je buat sibuk mcm kena test lebih2 je
      Iklim Malaysia & Indonesia lebih kurang je kot, tayar mungkin lah kena test betul2…
      Ura2 bulan 7 pulak dah, selepas bulan Mei ngan PRU14 lagi, GST baru tumbang 1 Jun 2018 lgi…

      Ns200 Rs200 Dominar 400 elok je masuk, test pn xnampak sgt…
      Harga pn rakyat, come on lah HLYM…

      Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Rizal on Jul 21, 2018 at 2:55 pm

    Yamaha r15 bakal dilancarkan pd 28 julai ni

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Seafool on Jul 22, 2018 at 10:30 pm

    “R15 V3 ini adalah model paling kecil Yamaha yang menggunakan kod nama R”
    ??? R125 ??? Pls la paultan kot….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required