RON 97 – apungan harga bermula, naik 19 sen

RON 97 – apungan harga bermula, naik 19 sen

Minggu lalu kerajaan telah mengumumkan bahawa harga untuk petrol RON 97 akan diapungkan mengikut harga pasaran bermula 7 Jun. Rancangan tersebut telah pun bermula tengah malam tadi, dan harga bahan api tersebut telah pun dikemaskini.

Bermula hari ini, petrol RON 97 kini di jual pada harga RM2.66 sen seliter dengan GST pada kadar 0%. Harga tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 19 sen berbanding RM2.47 sen seliter sebelum ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada laman Twitter KPDNKK, harga tersebut akan kekal selama seminggu iaitu sehingga 13 Jun ini.

Pelarasan semula harga RON 97 ini turut mungkin menyebabkan harga petrol yang tidak dikawal akan naik, seperti Petron Blaze 100 sebelum ini dijual pada harga RM3.08 seliter, manakala Shell V-Power Racing dijual pada harga RM3.12 pada pelarasan terakhir minggu terakhir bulan Mac lalu.

Seperti juga pengumuman sebelum ini, harga untuk RON 95 dan juga diesel masih kekal pada harga sedia ada, iaitu RM2.20 seliter untuk RON 95 dan RM2.18 seliter untuk Euro 2M, manakala Diesel Euro 5 pula dijual pada harga RM2.28.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required