Selepas rekaan digital Proton Perdana Executive, kini ada pula Proton Perdana FL 2018 yang lebih garang

Selepas rekaan digital Proton Perdana Executive, kini ada pula Proton Perdana FL 2018 yang lebih garang

Awal Mei lalu, Saharuddin Busri, yang kerja-kerjanya kerap kami paparkan di laman ini telah menunjukkan hasil rekaan digital bagi model Proton Perdana Executive. Mengambil asas sama dari model Perdana yang ada dijual ketika ini, penampilan pada rekaan konsep itu diberikan serba sedikit sentuhan baru.

Sebagai bekas pereka yang terlibat dengan proses-proses awal rekaan beberapa model Proton dahulu, beliau dengan jelas menjadikan jenama itu sebagai tumpuan utama untuk melahirkan karya-karya baru, walaupun sekadar imej bayangan dalam melayani kreativiti dan membayangkan penambah baikan yang boleh dilakukan terhadap model-model sedia ada Proton.

Terbaru, kini ada pula rekaan konsep Proton Perdana FL, yang menampilkan rekaan bahagian depan yang lebih agresif, sebaga sebuah teaser kepada rekaan penuh yang sedang diusahakan. Apa yang dapat dilihat, Perdana FL 2018 ini diberikan imej yang lebih garang.

Rekaan bampar depan sama sekali berlainan daripada versi eksekutifnya, dengan saiz yang lebih besar dan elemen bukaan atau terusan udara yang lebih luas. Rekaan gril pula walaupun masih menggunakan ruangan yang berbentuk serupa, palang krom yang ada kini terdiri daripada dua jalur atas dan bawah, menjadikannnya lebih menonjol. Lengkung pada hud juga lebuh maskulin, dan menjadikan wajah depan rekaan ini lebih “berotot”.

Dari bahagian sisi juga ada kelainan. Garis badan yang lebih lurus, dengan elemen liang udara di bawah A-pillar serta cermin sisi yang lebih sporty menyuntik kelainan berbanding rekaan versi eksekutif yang dihasilkannya sebelum ini.

Satu lagi yang menarik perhatian ialah rekaan rim yang digunakan; lebih besar dengan berselang seli antara jejari berkembar dan jejari tunggal. Anda suka dengan pendekatan rekaan ini? Kongsi pandangan anda diruang komen.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Haridasan a/l rajendran on Jul 03, 2018 at 2:37 pm

    Pada pendapat saya jika perdana direka sebegini akan dapat sambutan hangat dari pada rakyat malaysia biar muda atau tua. Cuma ikut pada harga pasaran jika harganya tinggi dari honda rakyat akan tertumpu pada honda juga. Walau bagaimanapun wajah perdana fl 2018 memang garang dan executive

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Schroder on Jul 06, 2018 at 12:15 am

    pertama kali lihat rekaan ni terus jtuh hati.. hrap sgt kena release rekaan ni dgn harga yg mampu dimiliki..

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • SIVARAMAN B.ELUMALAI on Aug 08, 2018 at 4:43 pm

    My dream car is proton perdana the look of new perdana FL it’s really look garang and cantik sangat. It’s look attractive shape

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • yoges on Sep 04, 2018 at 5:12 pm

    its look great front face like AMG and rear look like Jaguar. But still its superb but if its using Honda engine better to use low cc engine with turbo, coz nowdays most of the car prefer low cc engine due to fuel and roadtax. everything depend on the price its local car must be cheaper than import car.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required