Kerajaan perkenal peraturan baru untuk GRAB dan khidmat e-hailing lain – lesen PSV, PUSPAKOM

Kerajaan perkenal peraturan baru untuk GRAB dan khidmat e-hailing lain – lesen PSV, PUSPAKOM

Pemandu untuk perkhidmatan perkongsian kenderaan e-hailing seperti Grab perlu mematuhi beberapa peraturan baru yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memastikan kesamarataan bagi pengendali khidmat ini, serta pengendali teksi biasa. Menurut laporan daripada The Sun, peraturan baru ini telah diumumkan oleh menteri pengangkutan, Anthony Loke semalam.

Melalui peraturan baru ini, pemandu kenderaan e-hailing perlu mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dengan kos RM115 setahun, dan pemeriksaan kenderaan tahunan perlu dilakukan oleh PUSPAKOM. Walaupun begitu, semua yang terlibat masih mempunyai masa selama satu tahun untuk melakukan pelarasan sebelum ia dikuat kuasakan sepenuhnya tahun depan.

“Servis e-hailing akan dikawal selia oleh kerajaan bermula 12 Julai melalui Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial (Pindaan) 2017. Dengan ini, syarikat e-hailing mesti mendaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan perlu membayar yuran,” kata Loke kepada media.

Kerajaan perkenal peraturan baru untuk GRAB dan khidmat e-hailing lain – lesen PSV, PUSPAKOM

Beliau turut menambah bahawa pemandu khidmat e-hailing mesti melalui kursus enam jam yang berharga RM200 di institusi memandu yang ditentukan untuk mendapat lesen PSV, dan mereka perlu melepasi pemeriksaan rekod jenayah serta kesihatan. Untuk menjadikan keadaan lebih adil, teksi juga perlu melalui pemeriksaan kenderaan tahunan (sekarang ini dua kali setahun), dan ia juga melibatkan kursus enam jam berharga RM200 yang sama.

Selain daripada itu, kenderaan yang digunakan dalam khidmat e-hailing juga perlu mendapat sekurang-kurangnya tahap ASEAN NCAP minimum tiga bintang (kebanyakan kenderaan tempatan sekarang mendapat penarafan empat bintang dan ke atas), dan kenderaan yang berusia tiga tahun ke atas perlu melalui pemeriksaan PUSPAKOM dengan bayaran RM55.

Peraturan lain yang dikenakan termasuk memerlukan penumpang untuk memuat naik gambar kad pengenalan (untuk keselamatan pemandu) dan insurans untuk kereta yang digunakan, pemandu, penumpang dan pihak ketiga yang terlibat. Syarikat e-hailing juga perlu menyediakan garis panduan pemandu dan mendaftarkannya kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dalam aplikasi juga perlu ada fungsi panggilan kecemasan.

Kerajaan perkenal peraturan baru untuk GRAB dan khidmat e-hailing lain – lesen PSV, PUSPAKOM

Kerajaan juga kini mengawal selia komisyen (jumlah yang disimpan oleh syarikat e-hailing) dan tambang yang dikenakan kepada pengguna. Loke mengumumkan komisyen maksimum yang boleh disimpan adalah 20%, dan untuk pemandu teksi yang menggunakan sistem ini, maksimum sebanyak 10%. Untuk pengguna, bayaran tambahan dikenakan tidak boleh pergi lebih daripada dua kali daripada tambang asal.

Selain daripada semua peraturan baru ini, kerajaan juga sedang menyiasat jika ada sebarang monopoli oleh Grab. “Kerajaan sekarang sedang mengkaji semula jika terdapat kemungkinan monopoli dalam servis e-hailing dan kami sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Kami tidak mahu sebarang servis untuk terlibat dalam monopoli. Jika kami temui sebarang elemen yang berkaitan, kami akan mengambil tindakan,” kata Loke.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Kalimuthu on Sep 27, 2018 at 9:20 am

    This is not a fulltime job afterall….rakyat mmg rajin utk nak tambahkan rezeki dgn peluang yg sdh ada…tapi kalau yang berkuasa nak tutup ruang ruang mencari rezeki…what to say…this is to much for a parttime job….kalau kerajaan nak beri $1000 enam bulan sekali ok jugalah…menghargai driver grab….dah la makin hari makin murah tambang grab….

    Like or Dislike: Thumb up 26 Thumb down 0
  • Helman on Oct 29, 2018 at 7:27 pm

    Buat kajian jangan pandang sebelah pihak sahaja.klau teksi kenakan 10% lepas tu grab kenakan 20% komesen adil ke bg pihak kerajaan.memandu GRAB pun bukan suka2 mestilah menambah pendapatan.teksi ada lesen psv dan cek puspakom GRAB boleh buat apa kehendak kerajaan tp perlu ke disamaratakan perkhidmatan ehiling dan teksi…klau ingin disamaratakan perlu ambil tindakan sewajarnya sebab GRAB boleh membuang pemandu berpandukan rating atau penilaian penumpang….sedangkan teksi tidak ada perkara2 tersebut…adil ke bg pihak kerajaan….Buat aduan kepada pihak SPAD bagaimana caranya adakah melalui aplikasi yg disediakan oleh pihak teksi..apa tindakan pihak teksi bagi pemandu yg tiada etika dan rating penilian penumpang…SEBELUM BUAT KEPUTUSAN BUATLAH KAJIAN DULU APA YANG TERKANDUNG DALAM PERKHIDMATAN EHAILING.JANGAN BERAT SEBELAH ATAU BERAT KE PIHAK TEKSI SAHAJA…

    perkhidmatan ehailing baik buat semua termasuk penumpang masyarakat yg memerlukan perkhidmatan…..apatah lagi bg pelajar2 universiti yg kadang2 mencari pekerjaan sembilan utk menampung duit pembelajaran…klau pihak kerajaan menguatkuasakan perkara ini apa akan terjadi pd pelajar2 universiti yg memandu secara sembilan…jangan lah pandang sebelah pihak sahaja..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 64 Thumb down 0
    • JohnZ on Dec 26, 2018 at 1:04 pm

      Antara komen terbaik, ya lah e-hailing ini sebenarnya ‘Free-market’ maksudnya pengguna ada hak untuk memilih sesuatu tanpa ada paksaan & regulasi. Saya setuju dengan lesen tambahan tetapi letakkan lah harga dalam lingkungan RM50-80 jangan macam nak buat business dalam pembuatan lesen ini.

      Kerajaan baru ini semua buat polisi mengikut sebelah pihak tanpa mengambil kira implikasi terhadap golongan majoriti. Sekarang teksi kalau tukar jadi pemandu Grab pun boleh, kenapa nak kekalkan lagi servis teksi di Malaysia.

      Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  • Dr Jekyll on Dec 02, 2018 at 7:52 pm

    Kesihan la kami… saya menjadi driver grab utk menyarah anak dan isteri saya…teksi banyak yang etika xbetul..cekik darah.. ambil kesempatan atas nilai tambang lebih walaupun jarak dekat xseperti grab.. kerajaan harus menilai balik etika Teksi…please la please la

    Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  • Lipan on Dec 07, 2018 at 5:50 am

    Say bye to grab.
    Same like Uber..
    Coming soon..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • JohnZ on Dec 26, 2018 at 12:58 pm

      Bukan salah Grab pun, tengok kerajaan baru ni nak cekik darah sana sini konon nak bagi persaingan sama rata antara Grab dengan Teksi. Kita kalau tak tukar kerajaan haritu, tak ada lah masalah bodoh camni. Haish, 4 tahun tu lama lagi harap-harap diorang gaduh sama sendiri & tumbang sendiri.

      Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 2
      • Zaini on Dec 26, 2018 at 8:41 pm

        Bagi kami grab adalah yang terbaik. Kalau nak disamaratakan memang masih tidak sama sebab dari segi potongan 10% dan 20%. So bagaimana pula dengan tambang???. Adakah perlu disamaratakan?. Kerajaan jangan hanya dengar sebelah pihak saja. Fikirkan juga mereka yang memandu Grab dan nilaikan maklumat yang diberi oleh netizen. Kami ini adalah rakyat yang mencari rezeki.

        Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  • grab KV on Jan 03, 2019 at 11:55 pm

    XDA masalah, tp perlu Sama rata…
    – grab boleh pkai taxi lane
    – kalau taxi dpt subsidi, grab kene dpt jugak
    – fare perlu Sama ( taxi fare Mahal Dari grab, grab nk jugak)
    – grab boleh que Di tmpt taxi
    – had umur kereta grab Sama seperti taxi
    – Dan macam2 yg lain yg taxi dpt grab driver kena dapat…

    Like or Dislike: Thumb up 27 Thumb down 1
  • susah lar kalau nk buat partime ja pun kna mcm2..tapi harap kerajaan buat jugak aplikasi untuk teksi mcm grab punya yang boleh kena komplen oleh custmer.klau driver teksi tu bermsalah atau ranting rendah boleh batal akaun pemandu tersebut..

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  • Bebanan bg mereka yg buat fulltime dan tidak adil sekiranya charge yg di kenakan 20% pada driver grab.Berapa la sangat keuntungan setelah tolak kos tol, petrol n topup.Bukan setakat itu.Grab driver kena maintain servis n sewa/monthly.Di tambah pulak dgn puspakom n psv setahun.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • grab ada buat pelbagai investment dr segi teknologi untuk tambah baik & kepuasan pelanggan. ada rate yg baik, always available, ada rating pemandu, ada system keselamatan ntk pemandu & penumpang. tak adil disamaratakan dgn teksi sbb teksi tak buat penambah baikkan tu semua. free world market. siapa usaha dapat lebih.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
  • Herzett on Feb 18, 2019 at 1:19 pm

    Kasihanilah kami, kami hanya buat grab partme, bkn dpt ribuan ringgit , ia bgantung pd lokasi grab itu juga. 1 trip kdangkala rm4. 1 hari dpt berapa saja.
    20% ditolak komsyen lg, minyak lg. Hanya mampu dpt untk blnja harian. Belum lg diban syarikat tanpa sbb. Bayar beratus2, besok lusa diban. Nk makan apa. Jgn cekik rakyat. Kami x mals. Kami berusaha. Kalau kami dihlang, sila bagi kami tongkat. Kami pasti x mengeluh.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Pedro on Mar 08, 2019 at 12:16 pm

    Saya pemandu part time grab,bagi saya kalau peraturan baru nie seperti x berbaloi kerana peraturan lama grab pn dah memadai dengan sistem rating dan pemanduan berhemat,kos minyak yang tinggi dan tol boleh lagi pemandu grab tampung walaupun nilai grab x sevberapa,apabila kerajaan baru mengeluarkan sistem baru ini bagi saya sungguh membebankan pemandu grab dan ini akan mengakibat ramai tidak akan buat grab dan beralih ker pemandu order tepi atau teksi sapu,saya menyaran kan agar pihak tertentu menilaikan kesusahan rakyat dan bagi peraturan sama adil dengan pemandu teksi yang hanya pandai memprotes menilai pemandu grab menutup periuk nasi mereka sebaliknya mereka tidak tahu menjaga hati penumpang dan memilih tempat2 yang jauh sahaja jika ada penumpang hendak pergi ke tempat dekat2 mereka menolak bulat2 tidak mahu hantar penumpang,jika mahu dihantar juga boleh pula letak harga sendiri.fikir2 kan lah jangan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Teksi cuma kenakan 10% dn grab kenakan 20%,ini satu keputusan berat sebalah,bagaimana pula pemandu grab yg separuh masa dgn pndapatan yg tak menentu???adakah ini yg dkatakn kerajaan perihatin???

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • bolat on Apr 19, 2019 at 8:49 pm

    kalau kami sebagai driver grab full time, ini memang menjadi satu bebanan yang teramat berat.. Oleh kerana driver grab dan ditambah pula dengan driver yang register di bawah company grab terlalu ramai sehinggakan dalam masa 2 jam berkemungkinan bawah dari 5-10 trip yang besar.. Sewaktu grab masih lagi belum menjadi salah satu official e-hailing transport in malaysia.. Tiada masalah bagi kami oleh disebabkan dalam 1 hari tidak akan kurang dari RM100(untung bersih) sekiranya paling malas.. Tetapi apabila kita rajin, jgn risau.. satu hari atau dalam 12 jam boleh dapat antara RM250-RM300(untung bersih)..

    Apabila grab sudah menjadi tumpuan nombor 1 untuk e-hailing service, maka rating company grab akan naik dan itu membuatkan masyarakat tertarik dengan pekerjaan sebagai grab driver.. Dan disitu pula masalah akan berlaku seperti “Grab driver terlampau banyak tetapi MANA PERGI BOOKING YANG BANYAK-BANYAK???”

    Jadi, silalah rujuk balik segala talian hayat yang anda ingin laksanakan.. Sekian dari bolat

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Hazali on Apr 27, 2019 at 5:39 pm

    Pasni grab boleh sapu harga teksi la

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • tolong respond on May 21, 2019 at 3:56 pm

    kita luah banyak2 kat sini ade ke pihak kerajaan baca atau ambik tahu??? sedihnye dengan pelaksanaan berat sebelah ini :(.. quit grab soon

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Begitu la kalau bodoh mmg smpai bodoh memperbodohkan pemandu grab yang servisnya paling terbaik ..kerajaan hanya penyusah dan satu badan yg keji rosak tak bertamadun

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • lokman salikin on Jun 25, 2019 at 12:03 pm

    aku baru nak cadang buat side income dengan jadi pemandu grab..tgk komen macam lagi bebanan jadi pemandu grab ni sebab dasar peraturan kerajaan baru,aku kene pikir semula….part time kot nak tambah income

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • nizam zaberi on Jul 03, 2019 at 1:08 am

      Yes sebab even buat partime pun rasa macam dah tak berbaloi sekarang compare dengan yang sebelum ni

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Aziezul on Jul 06, 2019 at 1:23 am

    Bodoh la kerajan sekarg ni klo garab berkurang Naik taksi mahal skrg on mhu pulng mlm kurang suda garb x dapat request, Naik taksi mahal rakyat Makin susah oh, Cuba la tngo keadaan skrg kami d Sabah kk banyak pelacong dri luar pki garab, klo grab berkurang di sebap kn meraka hanaya part-time Susa la mcm ni

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • nazirman on Nov 04, 2019 at 10:28 am

      pakatan hancing nak menyusahkan rakyat saja….pru15 humban kerjaan ni stay kan krjaan yg lama dlu pn ok

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required