GALERI: Perodua Alza facelift – Advance dan SE

GALERI: Perodua Alza facelift – Advance dan SE

Minggu lalu, Perodua telapun mendedahkan versi facelift 2018 untuk Perodua Alza. Setelah kira-kira sembilan tahun dalam pasaran, MPV tujuh-tempat duduk berkenaan kini diberikan lagi penyegaran pada bahagian luaran dan juga dalaman.

Menerusi versi terkini ini, sebenarnya hanya model pertengahan SE dan model tertinggi Advance yang menerima perubahan kecil pada bahagian luar. Kedua-dua model tersebut menerima gril baharu dengan elemen dua-bar, bampar hadapan dengan liang kemasukan lebih besar, kemasan baharu pada lampu kabus yang telah beralih kedudukan, serta kini diberikan penderia parkir untuk bahagian hadapan.

Beralih ke belakang, bampar model SE dan Advance ini turut direka lebih sporty menampilkan kemasan diffuser palsu disentuh semula, kedudukan reflektor yang menegak kini diletakkan melintang bersama kemasan plastik hitam baharu, manakala kemasan hitam yang merentangi pintu tailgate direka lebih labuh sehingga setara dengan bahagian bawah lampu, dan turut diberikan jalur krom di bawahnya.

GALERI: Perodua Alza facelift – Advance dan SE

Rim 15-inci asal dari model sebelumnya masih digunakan, namun menerima kemasan akhir titanium (S masih dengan rim perak). Perodua turut menawarkan warna badan baharu – Granite Grey – pada versi facelift ini, manakala warna lain yang terdiri dari Electric Blue, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White masih lagi boleh dipilih pembeli.

Kesemua empat varian (Standard manual dan auto, SE dan Advance) didatangkan standard dengan lampu kabus hadapan, spoiler belakang, roda stereng balutan kulit, filem lapisan solar dan keselamatan tingkap serta penderia undur.

Tiada perubahan diberikan pada sistem mekanikal di mana kesemuanya masih dijana enjin 3SZ-VE 1.5 liter empat silinder DVVT berkuasa 102 hp/136 Nm. Namun untuk transmisi, kini hanya model S ditawarkan sama ada dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan, manakala SE dan AV cuma boleh dipilih dalam versi auto.

Sistem keselamatan pada Alza facelift 2018 ini juga masih kekal sama. Ia dilengkapi dengan dua beg udara hadapan, sistem brek ABS, EBD dan BA, cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix pada tempat duduk baris kedua.

Pada bahagian dalaman pula, Perodua telah melakukan sedikit perubahan pada kluster tengah papan pemuka Alza. Liang penghawa dingin utama telah direka semula dengan meletakkan liang kekal pada bahagian tengah, bersama unit cooling coil baharu dan juga paip penukar haba yang dipertingkatkan, membolehkan penumpang pada baris akhir menerima udara yang lebih nyaman.

Perubahan paling nyata pada papan pemuka berkenaan adalah pada panel instrumen yang kini menerima rekaan grafik baharu. Alza juga diberikan kunci kawalan jauh baharu menampilkan butang kunci dua fungsi – sekali tekan untuk membuka kunci belah pemandu sahaja, dua kali tekan untuk membuka kunci kesemua pintu.

Model Standard dan SE diberikan sistem audio dengan fungsi USB dan Bluetooth, manakala varian Advance pula menerima tempat duduk balutan kulit rekaan baharu serta hadir dengan monitor bumbung untuk penumpang, sistem infotainmen berasaskan Android dengan skrin sesentuh bersama hubungan Bleutooth, serta fungsi sistem navigasi dan paparan kamera undur.

Perodua Alza facelift 2018 dijual pada harga bermula RM51,490 untuk model asas Standard manual dan RM54,290 automatik. Model pertengahan SE pula dijual pada harga RM56,890, manakala model tertinggi Advance dijual dengan harga RM62,690. Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran.

GALERI: Perodua Alza Advance facelift 2018

GALERI: Perodua Alza SE facelift 2018

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • nizam on Sep 14, 2018 at 10:19 pm

    model 2018 kenapa bulan 9 baru lounch? seharusnya seperti myvi dimana penghujung 2017 dah lounching untuk model 2018.. saya tunggu lama juga nak beli kot kot ade design baru.. tapi takde.. dan Alhamdulillah pada bulan 7 lepas saya berjaya membeli secara ansuran bank sebiji Alza merah sebab nak balik kampung raya.. bersama isteri dan anak anak ramai kami memilih jenis advanced.. Tiba tiba dalam masa 2 bulan yang ini pula keluar.. rasanya perodua mungkin habiskan stok dulu baru lounching betul tak..? sedih.. dan nak bagitau selain model ini mendapat design baru, ia juga diberi penurunan harga berbanding lepas.. syukur Alhamdulillah (sedapkan hati)… akan bertambah ke berapa ratus kelab kelab alza lepas ni..:)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4
  • Askri on Apr 28, 2019 at 5:47 pm

    Alza se facelift ni da ade sound proof ke?????

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required