Projek kereta nasional ketiga: Kerajaan luluskan dana hampir RM20 juta untuk bangunkan prototaip

Projek kereta nasional ketiga: Kerajaan luluskan dana hampir RM20 juta untuk bangunkan prototaip

Bagi menarik minat pelabur swasta, kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah meluluskan dana bernilai hampir RM20 juta untuk membangunkan prototaip kereta nasional ketiga.

Menurut menterinya, Mohd Redzuan Yusof, dana itu diperoleh daripada beberapa geran sedia ada untuk memangkin pembangunan projek kereta nasional berkenaan, laporan Bernama.

“Ideanya ialah kita menjadi pemangkin kepada projek kereta nasional baharu itu. Saya tidak membangunkan projek kereta nasional yang ketiga, saya memudahkan untuk mewujudkan persekitaran bagi projek kereta nasional baharu itu,” katanya kepada pemberita semalam. Mohd Redzuan turut berkata, kementerian juga telah menyenarai pendek beberapa vendor untuk membangunkan prototaip kereta nasional berkenaan.

Awal Disember lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan kerajaan tidak ada sebarang keputusan untuk membuat pelaburan dalam projek kereta nasional ketiga. Ia disebabkan projek terbabit melibatkan perbelanjaan kewangan yang besar dan itu memerlukan penglibatan pelaburan swasta.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required