Miros nafi laporan had laju 60 km/j selamatkan nyawa

Miros nafi laporan had laju 60 km/j selamatkan nyawa

Baru-baru ini, terdapat laporan sebuah blog yang bertajuk “Had laju motosikal 60 km/j selamatkan nyawa – Mitos terbukti karut!”. Laporan di dalam blog tersebut mendakwa Miros telah membuat kesimpulan bahawa kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal akan turun jika had laju motosikal yang lebih rendah dikenakan.

Blog itu memetik maklumat melalui kertas jurnal pada tahun 1999 bertajuk “Fatal Injuries in Malaysian Motorcyclists” yang ditulis oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia dan diterbitkan oleh International Medical Research Journal. Di dalam kertas jurnal itu, ada dinyatakan bahawa majoriti (35.1%) kematian akibat nahas melibatkan penunggang motosikal berlaku di jalan raya yang had lajunya 70 km/j, diikuti dengan 24.3% kematian berlaku di jalan raya yang had lajunya 50 km/j.

Walau bagaimana pun, menurut Miros, konteks ayat tersebut hanya menyatakan statistik kemalangan melibatkan penunggang motosikal berdasarkan had laju jalan tersebut. Namun, tiada dinyatakan di dalam kertas jurnal itu dengan menurunkan had laju motosikal, ia boleh mengurangkan kemalangan.

Miros nafi laporan had laju 60 km/j selamatkan nyawa

Malah, Miros menegaskan semua pengguna jalan raya termasuk penunggang motosikal perlu mematuhi kelajuan seperti yang ditetapkan oleh had laju bagi setiap jalan, sama seperti kenderaan-kenderaan yang lain. Hal ini boleh mengurangkan risiko perbezaan kelajuan yang mana akan mengakibatkan impak yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan.

Justeru, Miros menafikan kenyataan laporan terbabit dan mengesahkan Miros hanya ditubuhkan pada tahun 2007 dan pernyataan kajian Miros pada tahun 1999 tersebut adalah tidak benar. Sekaligus, dakwaan bahawa penyelidikan ini digunakan oleh Miros bagi mempromosi penurunan had laju motosikal pada masa itu juga adalah tidak benar.

Menurut Miros lagi, pada masa ini, Kementerian Pengangkutan dan jabatan serta agensi di bawahnya masih di dalam peringkat untuk meneliti beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya secara komprehensif terutamanya yang melibatkan motosikal bersama pihak-pihak yang berkepentingan. Maklumat lanjut mengenai perkembangan kajian dan pelaksanaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Miros menggalakkan input dari orang ramai berhubung cadangan dan maklum balas bagi meningkatkan keselamatan jalan raya di negara kita. Sementara itu, pengguna jalan raya disaran untuk terus menunggang dan memandu secara berhemah dan mengamalkan sikap bertoleransi di antara satu sama lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required