Tun Mahathir tetap mahu F1 kembali ke Malaysia

Tun Mahathir tetap mahu F1 kembali ke Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed sekali lagi menegaskan bahawa negara perlu membawa semula perlumbaan Formula 1 untuk kembali dianjurkan di Malaysia kerana masih lagi ramai yang minat terhadap sukan tersebut, lapor The Star.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila penganjuran sukan itu akan kembali ke Malaysia. “Kami mahu membawa semula Grand Prix berkenaan, tetapi saya masih lagi belum tahu sama ada tahun hadapan atau tahun selepasnya,” kata Tun.

“Tetapi minat terhadap Grand Prix masih lagi besar dan kami mahu membawanya semula ke sini, kerana ia telah merangsang ramai rakyat Malaysia untuk masuk ke industri automotif,” tegasnya lagi.

Tun turut menjelaskan bahawa walaupun Litar Antarabangsa Sepang tidak lagi menganjurkan perlumbaan antarabangsa, litar berkenaan masih lagi sibuk kerana ramai yang “ketagih” terhadap sukan permotoran.

Tun Mahathir tetap mahu F1 kembali ke Malaysia

“Ramai yang datang, berlumba di sana, (mereka) mengadakan perlumbaan motosikal di sana. Dan ramai orang beli kereta mahal, terutamanya di Singapura. Di Singapura, mereka tidak berpeluang memmandunya di sana. Apabila mereka datang ke Malaysia, mereka rasa memandu melebihi had laju di sini okay,” jelasnya lagi.

Perdana Menteri turut yakin ramai penonton yang akan hadir sekiranya Grand Prix itu diadakan semula. “Kita akan menerima ramai penonton, lebih dari 100,000 orang dan ia agak berbaloi untuk kita. Selain itu, apabila kita mengadakan Grand Prix, stesen televisyen akan menyiarkannya ke seluruh dunia, membawa kira-kira 200 juta penonton,” kata Tun dan menegaskan ia adalah baik untuk mempromosikan Malaysia.

Malaysia telah menganjurkan Grand Prix Formula 1 sejak dari tahun 1999. Namun dengan kehadiran pengunjung yang semakin berkurangan setiap tahun, akhirnya kontrak untuk mengajurkan perlumbaan berkenaan tidak lagi disambung setelah berakhirnya Grand Prix untuk musim 2017. Jadi apa pendapat anda? Adakah perlu Formula 1 kembali diadakan di sini? Adakah anda sendiri sanggup untuk membeli tiket F1 yang biasanya jauh lebih mahal dari perlumbaan-perlumbaan lain?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Cikgu Siber on Apr 19, 2019 at 3:08 pm

    Buat saja di litar baharu Fastrack Johore

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Algojo on Apr 19, 2019 at 6:48 pm

    Membazir apa???

    Kata Malaysia dah nak bankrap.
    Rahkyat disuruh ikat perut dan makan sesudu minyak sawit setiap hari..

    Cehhh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • lan sam on Apr 20, 2019 at 9:33 am

    mana boleh pakai ckp org gini! istiqomah lh kita tanam dia Cpat2..jgn sampai generasi akn dtg sengsara..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required