Mazda 2 facelift 2019 – imej bocor, muka Mazda 6

Mazda 2 <em>facelift</em> 2019 – imej bocor, muka Mazda 6

Model segmen-B Mazda 2 bakal tampil dengan versi facelift tidak lama lagi. Bagaimana agaknya rupa model kemaskini tersebut? Tak payah berteka-teki, kerana imej Mazda 2 facelift 2019 berkenaan sudah pun bocor di internet.

Gambar yang disiarkan itu nampak seperti diambil dari brosur, dan apa yang menarik muka Mazda 2 yang lebih segar ini menerapkan wajah dari Abang Longnya iaitu Mazda 6 facelift. Untuk itu, lampu hadapannya kini dipadankan dengan unit baharu yang lebih tirus bersama lampu nyalaan siang LED bulat di dalamnya.

Kemudian gril asal telah diganti dengan gril baharu dengan elemen mesh, bersama kemasan krom sekeliling yang kelihatan lebih tertusuk di bawah lampu utama. Bahagian paling bawah bampar hadapan pula menerima kemasan seakan misai, diakhiri dengan lampu kabus LED pada kedua-dua sisi.

Tiada perubahan lain dapat dilihat pada bahagian sisi kecuali set rim 16-inci baharu dengan rekaan pelbagai jejari, kemasan gun metal. Bahagian belakang pula tidak dapat dilihat dalam imej ini.

Mazda 2 <em>facelift</em> 2019 – imej bocor, muka Mazda 6

Bahagian dalaman pula nampaknya tiada perubahan ketara, dan hampir sama dengan versi kemaskini kecil pada 2016. Jadi, ia masih menerima roda stereng tiga jejari yang sama, serta sistem infotaimen MZD Connect menampilkan skrin berdiri sendiri.

Antara pembaharuan yang diberi adalah penambahan pilihan upholsteri berwarna Navy Blue, yang turut menghiasi kemasan pada papan pemuka, lengkap dengan serlahan jahitan kontras.

Walau bagaimanapun, ia dijangka masih menawarkan unit janakuasa yang sama iaitu pilihan enjin SkyActiv-G 1.3 liter dan 1.5 liter berkuasa 114 hp/148 Nm, bersama kotak gear automatik enam-kelajuan dengan mod Sport baharu. Warna baharu Polymetal Gray seperti Mazda 3 juga mungkin akan ditawarkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required