Mercedes-Benz GLC 300 4Matics Coupe C253 facelift dilancarkan di Malaysia – harga bermula dari RM420k

Mercedes-Benz GLC 300 4Matics Coupe C253 <em>facelift</em> dilancarkan di Malaysia – harga bermula dari RM420k

Turut dilancarkan bersama dengan Mercedes-Benz GLC X253 terkini untuk pasaran Malaysia ialah versi facelift bagi GLC Coupe C253, yang didatangkan dalam hanya satu varian iaitu GLC 300 AMG Line. Harga bermula dari RM419,888 atas jalan tidak termasuk insurans.

Kemaskini penampilan yang diberikan pada model ini termasuk rekaan gril bersegi serta lampu utama dalam bentuk trapezoid yang lebih kurus, sementara di belakang lampunya meminjam penampilan sama yang ada pada model GLE dengan elemen gelung pada lampu.

Mercedes-Benz GLC 300 4Matics Coupe C253 <em>facelift</em> dilancarkan di Malaysia – harga bermula dari RM420k

Luarannya pula dilengkapi dengan kemasan AMG Line dengan gril tunggal “diamond” serta bampar dengan rekaan agresif merupakan ciri standard. Apron pada bampar belakang pula ada menampilkan diffuser di antara kedudukan dua ekzosnya. GLC Coupe ini juga datang dengan pakej Night, sistem Multibeam LED dengan Adaptive Highbeam Assist Plus dan rim aloi 20-inci AMG lima-jejari berkembar. Bagaimanapun, ia tidak hadir dengan bumbung panoramik.

Kuasa dijana oleh unit M264 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol, menghasilkan output sebanyak 258 PS dan 370 Nm dan dibantu oleh sistem mild hybrid yang memberi gesaan tambahan sebanyak 14 PS dan 150 Nm ketika memecut, termasuk pengumpulan semula tenaga dan ciri coasting.

Mercedes-Benz GLC 300 4Matics Coupe C253 <em>facelift</em> dilancarkan di Malaysia – harga bermula dari RM420k

Enjin berkenaan digandingkan dengan transmisi automatik sembilan-kelajuan 9G-Tronic dengan sistem pacuan semua roda 4Matic. Tiada suspensi Agility Control untuk model ini, sebaliknya ia menggunakan suspensi sports pasif.

Di dalam, kemasan AMG Line menghiasi ruang kabin. Ini termasuk stereng AMG, paddle shifter, lampu suasana, kawalan pendingin hawa Thermotronic tiga-zon, kerusi depan larasan elektrik, lampu tapak bingkai pintu, tikar lapik AMG, penghadang matahari tingkap belkaang serta sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX) baru.

Sistem MBUX dipadankan dengan sistem bunyi Burmester, dengan ciri modul LTE untuk membolehkan penggunaan Mercedes me connect (Mmc). Ia juga menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto, dan menampilkan paparan digital 12.3-inci.

Ciri standard lain termasuk Active Brake Assist, Blind Spot Assist, Active Parking Assist dengan Parktronic, Active Lane Keeping Assist, kamera 360-darjah, kawalan melayar, Keyless-Go, Pre-Safe, Hands Free Access dan sistem peninjau tekanan tayar.

Mercedes-Benz GLC 300 4Matics Coupe C253 2019

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required