WCE: Jajaran Seksyen 5 dibuka mulai 10 malam ini

WCE:  Jajaran Seksyen 5 dibuka mulai 10 malam ini

Ini ada perkembangan terkini mengenai Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE). WCE Holdings Berhad memaklumkan jajaran Seksyen 5 WCE dari Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) ke Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja di sini akan dibuka kepada pengguna mulai pukul 10 malam ini.

Menurut pengerusinya, Datuk Ir. Hamzah Hasan, pembukaan seksyen berkenaan adalah yang ketiga selepas laluan Hutan Melintang ke Teluk Intan dan Kampung Lekir ke Beruas di Perak dibuka pada Mei dan September lepas.

“Tujuan utama projek ini dibina adalah khusus untuk menyokong keperluan pembangunan di pantai barat di samping menyediakan lebuh raya yang selesa untuk para pengguna. Strukturnya yang dibina bercantum dengan jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya lain menjadikan ia satu-satunya lebuh raya yang cukup ideal dari segi memendekkan jarak perjalanan sekaligus menjimatkan masa serta kos,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Hamzah turut berkata, setakat ini, pembinaan lebuh raya berkenaan telah mencapai 71% siap dari segi pembangunan dan pembinaan di mana ia telah dibuka secara berperingkat bermula pada Mei lepas.

“Pembinaan infrastruktur seperti lebuh raya WCE ternyata memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah ekonomi, faktor ini menjadikan WCE salah satu usaha yang amat signifikan dalam membantu membangunkan koridor Pantai Barat Negeri Selangor dan Perak,” katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau pihaknya berharap semua pihak terlibat terus memberikan sokongan dan kerjasama agar jajaran WCE yang lain di Selangor dapat disiapkan mengikut jadual dan kesinambungan lebuh raya berkenaan dapat dicapai dan memberi kemudahan kepada pengguna di samping memakmurkan ekonomi setempat sepanjang jajaran berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required