Jualan kenderaan di Malaysia dijangka naik sebanyak 1% kepada 608,790 unit untuk 2020 – Frost & Sullivan

Jualan kenderaan di Malaysia dijangka naik sebanyak 1% kepada 608,790 unit untuk 2020 – Frost & Sullivan

Firma perunding Frost & Sullivan menjangkakan jualan kenderaan di Malaysia akan meningkat sebanyak 1% kepada 608,790 unit untuk tahun 2020.

Menurut rakan kongsi bersekutu dan naik presiden kanan mobiliti, Vivek Vaidya, pertumbuhan positif dijangka akan berterusan untuk negara tahun ini yang akan memacu keyakinan pengguna sepanjang tahun ini, selain pelancaran pelbagai model baharu.

“Pelancaran produk baharu juga dianggap lebih penting dari sebelumnya untuk pertumbuhan jumlah keseluruhan industri (TIV). Model baharu yang menawarkan ciri sambungan pintar seperti akses kenderaan jarak jauh menerusi aplikasi telefon pintar akan menarik minat pelanggan yang lebih tinggi dan ini mendorong pembelian,” ujarnya seperti mana yang disiarkan oleh The Sun Daily.

Jualan kenderaan di Malaysia dijangka naik sebanyak 1% kepada 608,790 unit untuk 2020 – Frost & Sullivan

Sambungnya lagi, bagaimana pun, faktor seperti cabaran luaran global yang sedang berlaku termasuk konflik USA-Iran, juga akan memberikan kesan jangka masa panjang terhadap pelaburan yang besar.

“Dalam masa yang sama, penangguhan Dasar Automotif Nasional (NAP) berulang kali mewujudkan ketidakpastian. Kedua-duanya perlu diatasi oleh sentimen pengguna positif untuk mengekalkan pertumbuhan menggalakkan.” katanya lagi.

Menurutnya, walau bagaimana pun, faktor tempatan dijangka dapat meningkatkan jualan selain keyakinan pengguna, termasuk dibantu suasana politik yang stabil dan peningkatan dalam pelabufran infrastruktur.

Jualan kenderaan penumpang pada tahun 2019 mencecah 549,232 unit, disokong oleh prestasi mantap dalam segmen kenderaan penumpang dan kebangkitan semula segmen SUV.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required