KTMB bakal sediakan perkhidmatan tren komuter 24 jam tanpa henti pada 7-10 Feb ini sempena Thaipusam

KTMB bakal sediakan perkhidmatan tren komuter 24 jam tanpa henti pada 7-10 Feb ini sempena Thaipusam

Sempena dengan sambutan Thaipusam pada 8 Feb ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menyediakan perkhidmatan KTM komuter 24 jam tanpa henti bermula 7 hingga 10 Februari 2020.

Menurut Ketua Kawalan Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha, sebanyak 310 perkhidmatan komuter tambahan turut disediakan tahun ini, menjadikan sejumlah 832 perkhidmatan kesemuanya bagi tempoh empat hari tiga malam itu khusus untuk kemudahan pengguna dan pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Perkhidmatan ini bermula pada 7 Feb dari 5.45 pagi dan tamat pada 10 Feb pada jam 9.36 malam, yang mana komuter bagi laluan ke dan dari Stesen Batu Caves akan ditambah serta dilanjutkan waktu operasinya sempena Thaipusam. Ini membabitkan Laluan Batu Caves-Seremban-Batu Caves serta Laluan Pelabuhan Klang-Kl Sentral-Pelabuhan Klang dengan kekerapan perkhidmatan tren bagi setiap 30 minit.

“Sebanyak 24 stesen akan dibuka sepanjang tempoh ini antaranya melibatkan stesen Batu Caves, Taman Wahyu, Sentul, Kuala Lumpur Sentral, Nilai dan Seremban. Namun tiada perkhidmatan tren tambahan ke dan dari stesen Laluan Tanjung Malim-Segambut-Tanjung Malim,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Tambahnya lagi, bagi memudahkan penumpang yang akan berkunjung ke Batu Caves tahun ini, KTMB akan membuka Platfrom 2 di Stesen Batu Caves buat pertama kalinya bagi memastikan kelancaran aliran keluar masuk penumpang, yang mana ia dikhususkan bagi penumpang yang menggunakan komuter di Laluan Batu-Caves-Sentul-Batu Caves.

“Komuter Shuttle di antara Stesen Batu Caves dan Sentul ini akan disediakan dengan kekerapan 30 minit, sementara KTMB turut menyediakan bas pengantara di Stesen Sentul bagi penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Stesen KL Sentral dengan tambang RM1 bagi penumpang dewasa manakala percuma bagi kanak-kanak bawah 12 tahun pemegang tiket konsesi dua hala (warga emas dan Orang Kurang Upaya),” ujar Mohd Zain.

Selain itu, seramai 350 orang kakitangan KTMB akan bertugas bagi memastikan kelancaran semua perkhidmatan komuter dan pergerakan penumpang, di samping bekerjasama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pasukan pertolongan cemas St. John Ambulans.

“Malahan kita turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (sari segi) tinjauan kesihatan dan aspek keselamatan penumpang di stesen-stesen kita susulan laporan mengenai jangkitan 2019 novel Koronavirus di Malaysia. Oleh itu penumpang dinasihatkan sentiasa membawa dan memakai topeng muka bagi menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing,” tambahnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required