paultan.org ACE ditunda ke 27 hingga 28 Mac 2021

<em>paultan.org ACE </em> ditunda ke 27 hingga 28 Mac 2021

Dengan rasa dukacitanya kami ingin memaklumkan kepada semua bahawa penganjuran acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) terpaksa ditunda ke 27 hingga 29 Mac 2021, disebabkan penularan wabak COVID-19 yang sedang hebat melanda dunia.

Pihak Driven Communications telah memantau situasi ini di Malaysia dan pada mulanya kami mahu meneruskan acara berkenaan, tetapi malangnya penularan wabak berkenaan kian membimbangkan sejak dua minggu ini. Justeru, syarikat ini telah memutuskan untuk tidak mahu mengambil risiko dengan menganjurkan acara awam berskala besar ini – yang disasarkan bakal menerima 20,000 pengunjung dalam dua hari penganjuran.

“Sebagai penganjur acara, ia merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk mengimbangi kebajikan pengunjung dan peserta pameran. Maka menganjurkan acara besar yang melibatkan penyertaan ramai ini adalah tidak seharusnya dilaksanakan buat masa ini. Dengan itu, Driven Communications memutuskan bahawa ini adalah langkah terbaik untuk lebih berhati-hati bagi membantu mengurangkan penyebaran wabak ini di Malaysia,” ujar Pengarah Eksekutif Harvinder Singh Sidhu.

Justeru, sekali lagi kami memohon maaf di atas perkara inim dan akan memastikan penganjuran ACE 2021 mampu mencipta kejayaan yang lebih besar. Nantikan perkembangan selanjutnya mengenai acara yang akan datang ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required