
Toyota Australia mengumumkan bahawa mereka telah menghentikan import dan juga penjualan gril hadapan tidak asli dengan logo Toyota, sebagai langkah jangka masa panjang mereka untuk membasmi penjualan alat ganti palsu di pusat servis dan khalayak ramai, menurut laporan CarAdvice.
Menurut Toyota, gril hadapan yang tidak asli ini “adalah lebih teruk dari apa yang masyarakat fikirkan kerana ia langsung tidak diuji, tidak dilindungi undang-undang untuk konsumer jika alat ganti tersebut tidak efektif atau tidak selamat.”
Toyota turut menyertakan sekali kenyataan media dari Dewan Persekutuan Industri Automotif (FCAI) Australia yang menyatakan bahawa “dalam berberapa aplikasi radar hadapan atau penderia kamera stereo, gril tidak asli ini mungkin akan menyebabkan ganguan kepada sistem kritikal.”
Secara spesifik, gril hadapan palsu yang dimaksudkan oleh Toyota ini adalah untuk Land Cruiser dari generasi J80 yang menggunakan perkataan “Toyota” yang telah dipatenkan. Menurut laporan tersebut, pengedar berkenaan turut menjual gril hadapan palsu untuk jenama lain, tetapi ia tidak sertakan dengan emblem jenama seperti gril Land Cruiser berkenaan.
“Toyota akan bertindak tegas setiap kali alat ganti palsu dijual kepada pengguna Australia, dan untuk mengelakkan penggunaan pembungkusan, tanda dan jenama Toyota yang palsu,” kata pengurus perlindungan jenama Toyota Australia, Fabiola Dos Santos.
“Konsumer sepatutnya tidak beranggapan mereka membelinya seperti alat ganti asli, walaupun ia datang dengan kotak yang mempunyai label Toyota. Cara terbaik untuk mengelakkan dari terbeli barangan palsu adalah dengan membeli alat ganti dan aksesori tulen Toyota terus dari pengedar Toyota bertauliah,” jelasnya lagi.
Dengan usaha yang dijalankan oleh Toyota ini, pengedar berkenaan telah menghentikan jualan gril hadapan tersebut dan menawarkan bayaran semula kepada pembeli, menghentikan jualan untuk stok sedia ada serta membayar pampasan kepada Toyota.

Toyota Yaris Cross
dari RM 99,900
Toyota Hilux
dari RM 226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM 198,000
Toyota bZ4X
dari RM 220,000
Toyota GR Yaris
dari RM 315,600
Toyota GR Corolla
dari RM 368,950
Toyota Camry
dari RM 221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM 133,800
Toyota Hiace
dari RM 169,000