13 akademi penjara diwartakan jadi pusat tahanan baharu untuk individu ingkar PKP – Ismail Sabri

13 akademi penjara diwartakan jadi pusat tahanan baharu untuk individu ingkar PKP – Ismail Sabri

Sebelum ini isu kebimbangan penjara akan lebih sesak dengan pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dibangkitkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara Zulkifli Omar melalui surat yang ditujukan kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. Zulkifli telah yang meminta mahkamah untuk tidak lagi menjatuhkan hukuman penjara kepada pesalah yang melanggar PKP, laporan MalaysiaKini.

Bukan setakat kesesakan penghuni penjara, malah pihaknya juga bimbang wabak pandemik COVID-19 akan menular di kalangan banduan.

Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, kerajaan telah memutuskan untuk mewartakan 13 akademi penjara untuk dijadikan pusat tahanan baharu kepada pesalah PKP. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pusat tahanan baharu itu akan mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) penjara.

“Walaupun ia di pusat akademi penjara, peraturan dan undang-undangnya sama saja dengan penjara biasa. Bukan bermakna apabila masuk pusat ini, makan bermewah sikit… tidak. Ia tetap ikut SOP penjara biasa,” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.

13 akademi penjara diwartakan jadi pusat tahanan baharu untuk individu ingkar PKP – Ismail Sabri

Tambahnya lagi, keputusan mewartakan 13 pusat itu diputuskan dalam mesyuarat kelmarin dan arahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk berbuat sedemikian sudah dilakukan.

“Kita mempunyai pusat akademi penjara yang akan kita tukar kepada pusat tahanan. Jadi kita boleh selesaikan isu penjarakan sosial,” katanya.

Menurut rekod yang dicatatkan oleh PDRM, bagi Fasa 2 PKP yang telah berakhir pada 14 April lalu, telah menyaksikan seramai 11,295 individu telah ditangkap kerana didapati ingkar PKP. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 7,668 tangkapan, berbanding sekitar 3,627 tangkapan pada Fasa 1 PKP.

Menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan sepanjang tempoh PKP dari mula dilaksanakan pada 18 Mac sehingga 14 April 2020 sebanyak 14,922 individu. Dan sehingga tengahari semalam, seramai 5,930 pesalah sudah dituduh di mahkamah di seluruh negara atas kesalahan melanggar PKP.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required