Warner Bros siar dokumentari Batmobile secara online

Tak pasti orang lain macam mana, tapi kalau saya sendiri, setiap kali filem baharu Batman ditayangkan, perkara yang paling saya tunggu adalah bagaimana hebatnya kenderaan utama watak adiwira tersebut, iaitu Batmobile – mungkin sebab saya bukan sahaja peminat Batman, malah sangat obses dengan kereta.

Jika anda juga seperti saya, atau memang peminat Batman semata-mata, dokumentari berkenaan Batmobile yang diterbitkan sendiri oleh Warner Bros ini perlu anda tonton. Secara peribadi, memang banyak perkara baharu yang saya ketahui selepas menontonnya, dan tidak seperti apa yang saya fikir sebelum ini.

Misalnya, sebelum ini apa yang saya tahu, Batmobile pertama yang muncul di kaca TV adalah jentera yang dihasilkan oleh George Baris untuk siri TV Batman pada era 1960’an, diasaskan dari model konsep Lincoln Futura. Tapi sebenarnya siri TV Batman ini pernah dihasilkan seawal tahun 1943, dan ketika itu Batman memilih Cadillac Series 75 convertible sebagai Batmobile!

Warner Bros siar dokumentari Batmobile secara online

Dokumentari ini juga banyak menyajikan trivia menarik berkenaan Batmobile yang dihasilkan sepanjang zaman sehingga era Tumbler dalam trilogi Dark Knight yang dilakonkan oleh Christian Bale. Antaranya, lampu hadapan untuk Batmobile yang dilakonkan oleh Micheal Keaton sebenarnya diambil dari Honda Civic (berdasarkan saiz dan tahun, mungkin dari Civic EF), dan kemudiannya diterbalikkan.

Tak guna juga saya menulis panjang lebar, ada baiknya anda tonton sendiri dokumentari yang sangat menarik ini yang telah saya ‘tampal’ di atas!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required