GALERI: Lexus UX 200 Urban 2020 – RM243,888

GALERI: Lexus UX 200 Urban 2020 – RM243,888

Pada Mac lalu, Lexus Malaysia telah melancarkan UX, model crossover kompak pertama jenama ini. Untuk pasaran Malaysia, ia hadir dengan tiga varian, dengan harga bermula RM243,888 untuk UX 200 Urban. Bagi varian UX 200 Luxury pula berharga RM283,888, dan spesifikasi tertinggi UX 200 F Sport pula RM299,888. Semua harga termasuk waranti lima-tahun dan perbatuan tanpa had.

Model di dalam foto ini ialah varian UX 200 Urban dengan kemasan Madder Red (salah satu pilihan daripada sembilan warna yang ditawarkan). Ciri standard termasuk lampu utama LED yang nipis dengan tiga unit projektor LED, lampu nyalaan siang LED berbentuk-anak panah, gril gelendong yang menjadi trademark Lexus, roda kelabu gelap 17-inci dengan pengudaraan aerodinamik, dan lampu belakang LED. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin secara standard.

Untuk kabinnya, kesemua model UX menerima rekaan papan pemuka yang fokus untuk pemandu di mana panel kawalan lebih tertumpu kearah pemandu, membolehkan setiap butang dan suis dapat dicapai dengan mudah. Bagi kelengkapan yang lain, Urban menerima dua paparan tujuh-inci (untuk instrumen dan infotainmen), kawalan suhu dwi-zon dengan corong di belakang, tempat duduk hadapan dengan fungsi haba dengan larasan berkuasa lapan-hala, upholstery kulit sintetik Nuluxe, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, enam pembesar suara dan kamera undur.

GALERI: Lexus UX 200 Urban 2020 – RM243,888

UX merupakan model pertama Lexus yang dihasilkan dari platform Global Architecture – Compact, atau sebenarnya platform yang sama dengan Toyota New Global Architecture (TNGA) yang sama untuk Toyota C-HR, tetapi dalam versi lebih premium. Ia diberikan sistem suspensi topang McPherson di hadapan dan double wishbone di belakang, ditala bagi memberikan keselesaan dan kelincahan, bersama “personaliti pemanduan yang tersendiri”, menurut Lexus.

Malah ketiga-tiga varian UX dijana oleh enjin yang sama iaitu enjin M20A 2.0 liter empat-silinder Dynamic Force dengan sistem suntikan terus D-4S. Tanpa pendesak turbo, enjin ini mampu menghasilkan kuasa 169 hp pada takat 6,600 rpm dan tork maksima 205 Nm pada takat 4,800 rpm.

Kuasa hanya disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik Direct Shift CVT (dilengkapi launch gear pada nisbah pertama) dan diberikan 10-kelajuan maya. Ini membolehkan UX 200 memecut dari 0-100 km/j dalam masa 9.2 saat dan mencapai kelajuan maksima 190 km/j.

UX memiliki dimensi 4,496 mm panjang, lebar 1,840 mm, tinggi 1,520 mm, jarak roda 2,639. Berbanding NX, UX ini menampilkan panjang keseluruhan yang 144 mm lebih pendek, dengan jarak roda 21 mm lebih dekat.

Lexus UX juga dilengkapi dengan sistem keselamatan antara yang termaju dalam kelasnya, di mana kesemua model diberikan standard dengan sistem brek kecemasan automatik, cruise control adaptif dengan fungsi stop & go, lampu hadapan adaptif, lane centring assist dan lapan-beg udara. Model Luxury dan F Sport turut ditambah dengan pemantau titik buta dan juga amaran lintasan trafik belakang.

Kini, Lexus Malaysia juga menawarkan ganjaran istimewa dan hadiah pandu uji untuk UX ini, Untuk yang enggan ke bilik pameran Lexus, wakil jenama ini boleh memandu UX terus ke rumah anda. Peluang baik kan?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required