GPX Demon GR200R dilancarkan di Thailand – rupa seperti Yamaha R1, enjin 198 cc, harga RM10,600,

GPX Demon GR200R dilancarkan di Thailand – rupa seperti Yamaha R1, enjin 198 cc, harga RM10,600,

Pengeluar motosikal dari Thailand, GPX Racing telah melancarkan model baru Demon GR200R di pasaran negara itu. Ini adalah sebuah model yang berbeza secara menyeluruh berbanding Demon 150 GR yang turut dipasarkan di Malaysia pada harga RM9,800.

Jika Demon 150 GR mempunyai rupa yang dikatakan seperti Ducati Panigale, Demon GR200R pula menyerupai Yamaha R1. Ia dikuasakan oleh enjin satu silinder suntikan bahan api 198 cc dan dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan, untuk menghasilkan tork 17.2 Nm pada 6,500 rpm.

Model ini juga menggunakan rim 17 inci, yang dibalut tayar 100/80 di hadapan dan 140/70 di belakang, manakala brek pula menggunakan set cakera 276 mm serta angkup dua piston di hadapan dan cakera 220 mm dengan angkup satu piston di belakang.

Untuk memastikan prestasi yang bersesuaian, Demon GR200R dipasang dengan fork jenis USD di hadapan manakala di belakang pula menggunakan monoshock YSS dengan pelarasan pra beban. Tangki bahan api berkapasiti 11 liter sementara semua lampunya pula menggunakan unit LED.

Satu lagi ciri menarik Demon GR200R adalah ia dilengkapi dengan panel meter digital penuh berwarna yang memaparkan informasi penting seperti laju, rpm, tahap minyak, suhu enjin serta kedudukan gear. Berat motosikal ini adalah 150 kg.

GPX Demon GR200R dijual di Thailand pada harga 76,500 baht (RM10,601) dan ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam, merah dan kelabu. Melalui maklumat yang kami terima, GR200R ini juga akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required