Pengedar Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan Nissan X-Trail talaan Impul untuk pasaran Malaysia. Model istimewa ini menerima pelbagai peralatan tingkat taraf dari badan penala berkenaan yang sebahagiannya pernah ditayangkan pada Tokyo Auto Salon 2019.
Untuk penggayaan luaran, X-Trail ini diberikan Aerokit Impul yang terdiri dari apron bampar dua tona untuk bahagian hadapan dan belakang, bersama set skrit sisi. Ia turut hadir dengan gril dan spoiler bumbung lebih besar Impul dalam kemasan hitam berkilat.
Rupa luaran X-Trail istimewa ini dilengkapkan dengan rim Impul Aura SX-50 18-inci, yang dibaluti dengan tayar Continental ContiMaxContact MC6 bersaiz 235/55R18. Jika anda perasan, X-Trail Impul ini juga kelihatan lebih rendah, kerana ia diberikan spring sport Impul yang turut memberikan respon pengendalian lebih baik. Pada bahagian dalaman, X-Trail Impul ini menerima upholsteri kulit Nappa berwarna Maroon.
Pakej talaan Impul ini ditawarkan untuk X-Trail dalam varian 2.0L Hybrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD – anda perlu menambah RM11,000 dari harga asas model-model tersebut. Oleh itu, harga atas jalan tanpa insuran dengan pengecualian SST untuk setiap varian dengan pakej talaan Impul ini adalah seperti berikut:
Untuk mereka yang membeli kit asli dan dipasang di kilang ini, X-Trail Impul tersebut akan menerima perlindungan waranti kenderaan selama lima-tahun tanpa had perbatuan dan juga waranti aksesori selama tiga-tahun atau 100,000 km (yang mana sampai dahulu).
Walau bagaimanapun, pemilik X-Trail sedia ada turut boleh mendapatkan pakej Impul ini secara berasingan dan harga setiap komponen adalah seperti berikut:
Nissan X-Trail talaan Impul ini akan dipamerkan di bilik-bilik pameran Nissan terpilih ketika karnival Nissan X-Trail Tuned by Impul, bermula 18 Julai nanti.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.