Edaran Tan Chong Malaysia (ETCM) telahpun mengumumkan harga rasmi bagi model SUV Nissan X-Trail versi facelift 2019. Varian paling asas, 2.0L 2WD dijual pada harga RM133,888, diikuti 2.0L 2WD Mid pada harga RM145,888, 2.5L 4WD dengan tanda harga RM153,888 dan varian paling tinggi, 2.0L Hybrid 2WD pada harga RM159,888. Semua varian menerima pengiktirafan EEV dan dipadankan dengan transmisi Xtronic CVT dengan mod manual.

Turut diberikan ialah jaminan lima tahun, dan bagi model hibrid, ia turut meliputi kelengkapan sistem berkenaan seperti bateri lithium-ion dan peralatan berkaitan lainnya. Pembeli terawal juga akan menikmati Servis Penyelenggaraan Berjadual 40,000 km atau dua tahun (yang mana dahulu). Ikuti perbezaan penawaran bagi setiap varian Nissan X-Trail terbaru ini.

Nissan X-Trail 2.0L 2WD – RM133,888


Kelengkapan standard:

Mekanikal

  • Enjin MR20DD 2.0 liter empat silinder petrol
  • 144 PS pada 6,000 rpm dan 200 Nm pada 4,400 rpm
  • Xtronic CVT dengan mod manual
  • 13.4 km per liter, atau 7.46 liter bagi setiap 100 km

Luaran

  • Lampu utama reflektor halogen
  • DRL LED bentuk lengkung boomerang
  • Gril radiator V-Motion baru
  • Lampu kabus segi empat baru
  • Sistem pintar tanpa kunci
  • Rim aloi 17-inci lima jejari berkembar
  • Landasan pada bumbung
  • Antena “sirip jerung”
  • Lampu belakang LED dengan perumah gelap
  • Cermin sisi kuasa elektrik
  • Lima warna: Brilliant White, Tungsten Silver, Titanium Olive, Diamond Black dan Imperial Umber

Dalaman

  • Stereng sport balutan kulit dengan butang kawalan
  • Paparan Advanced Drive Assist lima-inci
  • Sistem infotainmen dengan skrin tujuh-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Brek parkir elektro-mekanikal dengan Auto Hold
  • Kawalan pendingin dua zon dengan corong belakang
  • Tempat duduk fabrik
  • Kerusi barisan ketiga

Keselamatan

  • Empat beg udara
  • Dua cagak Isofix
  • Intelligent Around View Monitor dengan Intelligent Moving Object Detection
  • Intelligent Ride Control
  • Intelligent Engine Brake
  • Intelligent Trace Control
  • Vehicle Dynamic Control, Traction Control System
  • ABS dengan EBD, Brake Assist, Hill Start Assist

Nissan X-Trail 2.0L 2WD Mid – RM145,888


Tambahan:

Luaran

  • Lampu utama LED dengan dua projektor
  • Pintu ruang barangan boleh dibuka dengan gerakan kaki

Dalaman

  • Kerusi balutan kulit dengan larasan elektrik di depan

Keselamatan

  • Enam beg udara
  • Amaran pertukaran lorong
  • Amaran titik buta
  • Amaran trafik lintasan belakang

Nissan X-Trail 2.5L 4WD – RM153,888


Tambahan:

Mekanikal

  • Enjin 2.5 liter empat-silinder petrol
  • 171 PS pada 6,000 rpm, 233 Nm pada 4,400 rpm
  • 12.2 km per litr, atau 8.2 liter bagi setiap 100 km

Luaran

  • Rim aloi 17-inci Dark Titanium

Dalaman

  • Papan pemuka balutan kulit dan penampan lutut

Keselamatan

  • Intelligent Forward Collision Warning dengan Intelligent Forward Emergency Braking (AEB)
  • Intelligent Cruise Control
  • High Beam Assist

Nissan X-Trail 2.0L 2WD Hybrid – RM159,888


Tambahan

Mekanikal

  • Motor elektrik, menghasilkan 41 PS dan 160 Nm
  • Bateri lithium-ion 0.9 kWh di bawah lantai ruang barangan
  • Nissan Intelligent Dual Clutch Control (mekanisme klac antara enjin dan transmission CVT)
  • 16.1 km per liter, atau 6.21 liter bagi setiap 100 km

Dalaman

  • Dua barisan kerusi; lima tempat duduk sahaja
  • Paparan khas info pemanduan hibrid

Nissan X-Trail 2.0L 2WD

Nissan X-Trail 2.0L 2WD Mid

Nissan X-Trail 2.5L 4WD

Nissan X-Trail 2.0L Hybrid 2WD