Laluan masuk hadapan di Hentian Sebelah Ladang Bikam arah utara ditutup hingga 4 Ogos – PLUS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa laluan masuk hadapan dan kawasan parkir kenderaan berat di Hentian Sebelah Ladang Bikam arah utara (KM347.4) ditutup sehingga 4 Ogos ini. Ia bagi kelancaran kerja-kerja pembaikan turapan konkrit di lokasi berkenaan

“Sehubungan itu, laluan masuk hadapan dan kawasan parkir kenderaan berat akan ditutup sementara sepanjang tempoh kerja dijalankan bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan selamat. Semua kemudahan lain di Hentian Sebelah Ladang Bikam arah utara terus beroperasi seperti biasa.

“Pengguna lebuh raya, khususnya pemandu kenderaan berat, dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau Hentian Sebelah berhampiran sebagai alternatif sepanjang tempoh kerja dijalankan,” kata PLUS.