Audi Q3 Sportback 2.0L quattro kini dijual di Malaysia

Audi Q3 Sportback 2.0L quattro kini dijual di Malaysia

Static photo,
Colour: pulse orange

Audi Q3 Sportback mula diperkenalkan pada Julai 2019 dan kini senyap-senyap telah mula dijual di Malaysia. Hanya ada satu varian sahaja; 2.0 TFSI quattro. Penawaran ini lebih tinggi berbanding model Q3 dengan enjin 1.4 liter TFSI yang ada di sini sebelumnya. Untuk itu, harganya juga lebih mahal – versi Sportback dijual pada harga RM301,738.62 (dengan pengecualian SST). Ini kira-kira RM40k lebih mahal berbanding Q3 1.4 TFSI.

Disifatkan sebagai pilihan alternatif kepada BMW X2 (pada harga RM329k ketika dilancarkan,) Q3 Sportback menerima pakej hitam sebagai standard. Kuasanya datang dari enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol yang menjana 180 hp pada 3,900 rpm hingga 6,000 rpm dan 320 Nm tork antara 1,400 rpm hingga 3,940 rpm.

Ini digandingkan pula dengan transmisi klac berkembar S-tronic tujuh-kelajuan yang menghantar kuasa ke semua roda (ciri quattro adalah standard), membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat. Laju maksimum ialah 220 km/j, dengan purata penggunaan minyaknya 8.1 liter bagi setiap 100 km – ini versi yang dibawa masuk ke Malaysia.

Audi Q3 Sportback 2.0L quattro kini dijual di Malaysia

Q3 Sportback versi ini bagaimanapun tetap lebih berkuasa berbanding BMW X2 sDrive20i, dengan janaan 192 hp dan 280 Nm dari enjin B48 2.0 liternya. Ia juga menggunakan kotak gear DCT tujuh-kelajuan dan memecut 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat, dan laju maksimum 227 km/j. Dari segi spesifikasi dan prestasi, kedua-dua model ini sangat mirip.

Dari segi kelengkapan pula, lampu utama LED penuh dengan DRL LED unik menghiasi wajah denpannya. Di belakang juga dilengkapi dengan lampu LED sepenuhnya dengan lampu isyarat dinamik. Selebihnya, rim 19-inci dengan kemasan titanium kesat menjadi pelengkap – dipasang tayar 255/45 serta tayar ganti space saver.

Audi Q3 Sportback 2.0L quattro kini dijual di Malaysia

Cockpit

Dalam kabin, ada stereng tiga jejari balutan kulit dan paddle shift, cermin pandang belakang tanpa bingkai dengan ciri anti-silau, kemasan hiasan aluminium, kokpit maya Audi 12.3-inci, radio MMI dengan sistem bunyi Audi, kawalan pendingin dua zon serta kerusi larasan elektrik dengan sokongan lumbdar empat-arah. Balutan kulit menghiasi keseluruhan ruang berkenaan.

Dengan ciri lain seperti kawalan melayar pasif, sistem parkir Audi, kamera undur serta lain-lain ciri seperti ABS dengan EBD dan ESC, aspek keselamatan pada Q3 Sportback ini agak sedikit ketinggalan. BMW pula mendedahkan yang ciri brek kecemasan automatik (AEB) akan dijadikan ciri standard bagi semua modelnya nanti. BMW X1 sDrive18i, yang dijual di bawah RM210k juga telah dilengkapi AEB.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required