GALERI: Audi Q3 Sportback 2.0 TFSI 2020 – RM302k

GALERI: Audi Q3 Sportback 2.0 TFSI 2020 – RM302k

Audi Q3 Sportback telah pun tiba di pasaran Malaysia. sejak dua minggu yang lalu, dan ditawarkan dengan varian tunggal 2.0 TFSI quattro. Ditawarkan pada harga RM301,738.62 (dengan pengecualian cukai SST) di mana ia adalah RM40k lebih murah berbanding model biasa Q3 1.4 TFSI. Kalau dibandingkan dengan pencabar terdekatnya, X2 sDrive20i (dilancarkan pada 2018), yang lebih mahal dengan harga RM329k.

Pacuan kuasanya disumbangkan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder petrol yang mampu menghasilkan output sehingga 180 hp pada 3,900 hingga 6,000 rpm dan tork 320 Nm di antara 1,400 hingga 3,940 rpm. Digandingkan bersama transmisi dwi-klac S tronic tujuh-kelajuan, yang menyalurkan pacuannya ke semua roda menerusi sistem Audi quattro AWD.

GALERI: Audi Q3 Sportback 2.0 TFSI 2020 – RM302k

Q3 Sportback ini boleh melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam 7.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 220 km/j. Penggunaan bahan api kombinasi dianggarkan sekitar 8.1 liter bagi setiap 100 km.

Untuk kelengkapannya, ia hadir dengan lampu utama LED penuh dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED dengan indikator membelok dinamik, rim 19-inci dengan kemasan titanium matte (dengan tayar 255/45) dan tayar ganti space saver.

Klik untuk besarkan

Untuk kabinnya, ia dilengkapi stereng tiga jejari balutan kulit dan paddle shift, cermin pandang belakang tanpa bingkai dengan ciri anti-silau, kemasan hiasan aluminium, kokpit maya Audi 12.3-inci, radio MMI dengan sistem bunyi Audi, kawalan pendingin dua zon serta kerusi larasan elektrik dengan sokongan lumbdar empat-arah. Balutan kulit menghiasi keseluruhan ruang berkenaan.

Bagi aspek keselamatan pula, ia didatangkan dengan kawalan melayar pasif, sistem parkir Audi, kamera undur serta lain-lain ciri seperti ABS dengan EBD dan ESC. Walau bagaimana pun, ia tidak pula dilengkapi dengan brek parkir sendiri, tidak seperti yang ditawarkan sebagai ciri standard pada barisan produk BMW Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required