Aston Martin Vantage F1 Edition didedah sepenuhnya

Aston Martin Vantage F1 Edition didedah sepenuhnya

Selepas sekitar enam dekad tidak terlibat dalam perlumbaan Formula One, tahun ini Aston Martin akan kembali ke dalam siri perlumbaan berprestij itu melalui pasukan Aston Martin Cognizant. Bukan setakat itu, safety car F1 tahun ini juga menggunakan model Aston Martin.

Bagi menyambut titik bersejarah ini, Aston Martin telah mengeluarkan Vantage F1 Edition yang mengikut spesifikasi safety car mereka, untuk jualan umum pada harga 142,000 pound sterling (RM807,520). Model ini boleh didapati dalam bentuk coupe dan roadster, dengan pilihan warna yang terdiri daripada Jet Black, Lunar White dan Aston Martin Racing Green.

Enjin V8 4.0 liter twin turbo pada model ini telah dinaik taraf untuk menghasilkan 535 PS pada 6,000 rpm (+25 PS berbanding model standard), dan 685 Nm tork pada antara 2,000 hingga 5,000 rpm. Ini sekaligus menjadikan ia Vantage paling berkuasa pernah ditawarkan kepada pelanggan. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam masa 3.6 saat (roadster 3.7 saat) sementara laju maksimum pula adalah 314 km/j (roadster 3.5 km/j).

Transmisi automatik ZF lapan kelajuan pada model ini turut dipertingkat untuk menghasilkan penukaran yang lebih pantas serta rasa lebih baik manakala bahagian strukturnya juga diperkuat. Bahagian dalam penyerap dirujuk semula, kadar spring belakang ditambah dan sistem stereng diperelokkan lagi.

Model Vantage F1 Edition ini turut diberi dengan rim 21 yang dibalut tayar Pirelli P Zero serta kit aerodinamik lengkap yang boleh memberikan tambahan 200 kg daya tolakan ke bawah (downforce) berbanding Vantage biasa. Pada bahagian dalam, anda akan melihat penggunaan kemasan dan balutan kulit Obisidian hitam, serta Alcantara Phantom Grey.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required